Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 4 Julai 2012

SIAPA YANG MEMERLUKAN TAKAFUL??

Masyarakat kita khususnya melayu selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan TAKAFUL.

Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang sepatutnya ambil TAKAFUL kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. 
 
Golongan yang kurang duit pula menganggap, TAKAFUL ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mampu membayarnya.

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukannya kerana TAKAFUL memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.


Golongan Banyak $$$$$$$$


Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki TAKAFUL, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu juga, dapat disediakan melalui simpanan TAKAFUL.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada pelan SIMPANAN TAKAFUL supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.

Golongan Kurang $$$$$$$


Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan yang melanda? InsyaAllah, dengan memiliki TAKAFUL, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman SIMPANAN TAKAFUL.
Walaupun sedikit, pampasan yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya. 
 
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI 017-3005049

CONTOH PELABURAN PELAN KARISMA




Rabu, 20 Jun 2012

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful
  • Tiada unsur riba'
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur gharar
  • Ada perkongsian untung / Akad yang dipersetujui (Al-Mudharabah)
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
  • Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
  • Mudharabah bermaksud perkongsian untung
  • Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
  • Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
  • Mudharabah dibenarkan oleh agama
  • Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Simpanan yang berasaskan Hukum Syariah

Sabtu, 19 Mei 2012

PERBELANJAAN VS PENDAPATAN


























ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

PERHATIKAN CARTA DI ATAS DAN RENUNGKAN SEJENAK SEKIRANYA KITA SEBAGAI PENCARI NAFKAH DITIMPA MUSIBAH ATAU MENINGGAL DUNIA :-

SIAPAKAH YANG DAPAT MEMBANTU DARI SUDUT KEWANGAN UNTUK SEGALA PERBELANJAAN TERSEBUT?

BAGAIMANA DENGAN PENDIDIKAN DAN TABUNGAN UNTUK ANAK-ANAK? ADAKAH ORANG LAIN BOLEH MENYAMBUNG TUGAS TERSEBUT?

SEGALA HUTANG PIUTANG SAMA ADA RUMAH, KERETA ATAU LAIN - LAIN, ADAKAH KITA INGIN TINGGALKAN SEMUA BEBANAN INI PADA INSAN TERSAYANG? MAHUKAH KITA TINGGALKAN MEREKA DALAM KESEMPITAN HIDUP UNTUK MENANGGUNG SEGALA HUTANG TERSEBUT?

KOS PERUBATAN DAN RAWATAN SEMAKIN MENINGKAT KINI, BERSEDIAKAH KITA SEKIRANYA PERLU MENYEDIAKAN  KOS RIBUAN RINGGIT DAN PERLU DIINGAT JUGA KOS RAWATAN SUSULAN, ULANG ALIK KE HOSPITAL DAN UBAT - UBATAN? SEMUANYA DITANGGUNG SENDIRI!

JAWAPANNYA ADA!!!

DENGAN ETIQA TAKAFUL, INSYAALLAH KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA... MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI/SMS AYU : 017-3005049.




PEMAHAMAN TAKAFUL

Apa yang perlu diberi perhatian adalah  TAKAFUL BUKANLAH SATU INSTRUMEN PELABURAN SEMATA-MATA!!. Jadi janganlah fikirkan untung apabila membuat simpanan/sumbangan dengan takaful.Niatnya adalah untuk melindungi jika terjadi sesuatu yang diluar jangkaan. Ringkasnya, kalau tak terjadi sebarang musibah, ada sejumlah simpanan yang akan dikembalikan. Jikalau berlaku musibah, keilatan atau kematian,maka ia akan menjadi suatu yang amat berguna.

PENTING KE??! Ya! Ia amat penting dan wajib ada bagi setiap orang, bagi orang Islam, ia bukan sahaja sekadar perlindungan, tetapi dengan akad Tabaru' , InsyaAllah,kita akan diberi ganjaran oleh Allah, Wallahualam...

Kemudiannya,, janganlah bersikap sambil lewa bila nak jadi peserta Takaful, ikutlah kemampuan kita, bak kata pepatah, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Segelintir agen nak  dapatkan komisen tinggi, dan kalau boleh nak client carum sebanyak mungkin, komisen banyak,, Tapi, lepas 3 bulan, lapsed,,,,,habis...hangus,,hancur,,,rugi.... Ikut kemampuan je, Kalau dalam takaful, asasnya mestilah dalam lingkungan RM70 sebulan, Kalau ditambah manfaat tambahan  dan medical card, mungkin dalam RM110 - RM150 sebulan, cukuplah. Ingat!! Menjadi Peserta Takaful, bukan melabur dalam takaful. Takaful adalah satu produk kewangan untuk melindungi, bukan produk pelaburan untuk mengaut keuntungan.

Medical Card, adakah ia perlu??! Tentulah ia banyak membantu, tapi ia adalah satu pelan kewangan yang cukup hebat, sebab, berapa banyak pun yang kita sumbang untuk medical card, ianya TIADA PULANGAN. Tetapi, kita harus ingat, hospital dan manusia adalah satu hubungan yang cukup akrab dan kita seharusnya memilih untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik untuk diri kita. Untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik, kita kena bayar. Sebagai contoh, kalau dengan Medical Card, kita bayar bil yang bernilai RM10,000, dengan sumbangan RM50 sebulan. Cukup hebat kerana, walaupun kita baru membayar perkhidmatannya selama 3 bulan @ RM50 x 3 = RM150. HEBAT KAN???
Untuk penerangan lanjut dan sebarang kemusykilan anda, jangan tunggu lagi, hubungi/sms Ayu 017-3005049 atau emel ke firayu1983@gmail.com / batrisyia_ayuni@yahoo.com. Insyaalah saya akan cuba memberi perkhidmatan rundingan yang terbaik untuk pelan kewangan takaful anda... :D.

PELAN PELABURAN VS TAKAFUL

Sebelum tahun 2000, hanya polisi insurans hayat tradisional yang terdapat dipasaran. Sejak itu, beberapa syarikat insurans di Malaysia telah mengeluarkan banyak produk insurans berkaitan pelaburan. Mari kita melihat illustrasi beberapa perbezaan utama antara 2 jenis polisi ini : 
1) Perlindungan atau jumlah yang diinsuranskan
 

Polisi tradisional: Perlindungan dijamin meningkat kepada dua kali ganda daripada perlindungan awal selepas lebih 20 tahun. Dalam kes ini, dari 50Khingga 100K. Jika pemilik polisi sentiasa membayar premium, perlindungan akan terus meningkat.


Investment-linked: Hayat yang diinsuranskan boleh dipilih daripada pelbagai jenis perlindungan. Dalam kes ini, dari 24k ke 200K.Perlindungan akan dikekalkan melainkan anda ingin melakukan perubahan.
2) Caj insurans


Polisi tradisional: Premium dicaj secara purata. Ia dikenali sebagai Premium Level.


Investment-linked:  Akan bertambah dari semasa ke semasa, mengikut umur anda. Ini membuatkan polisi investment-linked sangat kompetitif apabila anda masih muda, tetapi akan bertambah apabila anda semakin tua. Ini dikenali sebagai Premium Asli / Top-Up.

3)Nilai tunai atau pulangan


Polisi tradisional: Bonus diisytiharkan setiap tahun. Sebaik sahaja ia diisytiharkan, ia menjadi hak anda. Ini bermakna apabila syarikat insurans mengisytiharkan jumlah bonus tertentu kepada anda, bonus tersebut akan disimpan dengan polisi anda dan tidak akan dipengaruhi oleh prestasi pasaran.

Investment-linked: Pemilik polisi melaburkan lebihan premium daripada dana yang mereka pilih. Ia boleh menjadi satu dana berisiko rendah seperti Dana Pendapatan atau Dana Ekuiti lain yang berisiko sederhana hingga dana yang berisiko tinggi. Walaupun pemilik polisi boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi atau nilai tunai apabila pasaran meningkat, tetapi semua pulangan mungkin akan terhapus apabila pasaran menurun. Tetapi ia boleh memberikan kita perlindungan besar dari segi perlindungan pendapatan.

KESIMPULAN

Jadi, polisi mana yang sesuai dengan anda? Polisi tradisional adalah jenis polisi yang anda patut anda simpan untuk seumur hidup. Jika anda berminat untuk melabur, maka anda boleh memilih polisi investment linked. Ianya lebih berisiko dan mahal tetapi anda mungkin boleh menamatkan polisi  investment linked anda apabila anda bersara untuk mengelak bayaran premium yang tinggi. Jika tidak, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan perlindungan untuk menjimatkan caj insurans tidak masuk akal pada usia yang lebih tua.

TETAPI, jika anda bercadang untuk mendapatkan kad perubatan, ia adalah lebih baik untuk TIDAK mengambil kad perubatan yang diikat dengan pelan investment-linked kerana ia akan mengurangkan perlindungan anda dan premium akan meningkat bukan hanya kerana peningkatan umur anda, tetapi ia juga bergantung kepada unit dan turun-naik saham.

-WALLAHUALAM-

RENUNGAN BERSAMA

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah: 240)

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG
Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?
SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?
Minta pertolongan kedua orang tua kita.
SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?
Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.
Mereka pun sama macam kita – tak ada ?
Minta Bantuan dari Saudara mara.
Berapa banyak mereka boleh bantu anda.
Minta bantuan rakan rakan.
Bolehkah mereka banyak menolong ?
Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.
Jabatan Kebajikan.

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :
Bil – RM16-50.
Sudah tentu kita masih mampu.
Bil – RM500-1000?
Kita boleh mengambil dari wang simpaan kita.
Bil – RM20,000 hingga RM100,000.???
Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???
Bil Hospital Adalah Sangat Mahal
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.

Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :
Kad Kredit.
Hasil Pendapatan Tunai.
Duit Simpaan.
Meminjam.
Memajakkan barang kemas.
Mencagarkan Rumah.
Menjual Kereta.
KELUARGA ANDA
Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas

Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.
(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)
“Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful”

Tanyakan Pada Diri Anda :-
Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?

Bagaimana pula keadaan sekiranya dia tinggal di rumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya?

Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???

Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran. Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga. Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?. Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat. SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan. Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Rancanglah “sedikit wang” (5% – 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita dengan pelan simpanan etiqa takaful.

-INSYAALLAH-

Rabu, 11 April 2012

KELEBIHAN TAKAFUL DAN KEBAIKAN SSPN

HUBUNGI AYU : 0173005049

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini saya ingin berkongsi tentang manfaat simpanan pendidikan untuk anak-anak anda dan betapa ruginya jika kita masih tidak ambil kisah untuk membuat simpanan/tabungan mereka.

Mari kita renungkan sejenak :
"Tahukah anda anggaran kos pendidikan 15 tahun akan datang?! Katakanlah dalam tempoh itu (15 tahun) anda memerlukan RM40k untuk pendidikan anak kesayangan anda, Maka anda perlu menyimpan RM200/sebulan tanpa henti. Sekiranya berlaku musibah pada anda, anak anda tadi hanya mendapat apa yang telah anda simpan sahaja. Akan tetapi, dengan menyimpan di eTiQa Takaful, anak anda pasti mendapat RM40k untuk memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian, buku, yuran pengajian dan sebagainya. INSYAALLAH...

Sebagai seorang ibu atau bapa, kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu  masa depan mereka untuk mendapat kehidupan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak-anak?. Atau kita masih mengharapkan bantuan kerajaan menerusi biasiswa/pinjaman pendidikan. Harus diingat! Kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman disebabkan kekurangan dana pada masa akan datang. Jadi pada masa hadapan, hanya orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan ini.

Trend masa kini pelajar ke IPTA/IPTS adalah semakin meningkat. Sudah tentu persaingan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan akan meningkat. Bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan, sudah tentu mereka ini akan tercicir walaupun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk memasuki universiti. Ditambah pula dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sudah tentu ramai yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan yang cukup untuk membiayai kos pembelajaran dan sara hidup di universiti.

Jadi sebagai ibubapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak, perancangan harus dimulakan bagi mewujudkan satu tabungan khas bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak. Ketika ini terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan ini. Antaranya ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Pelan simpanan pendidikan dan perlindungan yang diwujudkan oleh pengendali takaful di Malaysia dan di institusi kewangan yang lain.

Simpanan melalui bank-bank biasa kurang praktikal kerana manfaat yang diperoleh dari segi pulangan keuntungan atau faedah amat rendah jika dibandingkan menyimpan di SSPN atau melalui skim takaful pendidikan. Kadar faedah atau keuntungan yang ditawarkan oleh SSPN adalah lebih tinggi sekitar 3-4% berbanding simpanan di akaun simpanan biasa bank. Manakala simpanan menerusi skim takaful tidak kurang menariknya. Saya mengambil pelan yang ditawarkan eTiQa Takaful sebagai contoh. Caruman/Simpanan minima yang perlu dibuat oleh ibubapa adalah serendah RM100/sebulan sahaja. Dengan caruman RM100 sebulan, anak anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti pampasan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, elaun harian hospital, manfaat perlindungan penyakit kritikal khas kanak-kanak. Yang paling menarik adalah jika pembayar sama ada ibu, bapa atau penjaga mengalami penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia, caruman bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh eTiQa Takaful sehingga tempoh matang simpanan. Jadi, dana kewangan pendidikan anak anda adalah terjamin meskipun berlaku musibah terhadap ibu, bapa atau penjaga, malah kadar keuntungan mudharabah adalah tinggi sekitar 5-6%.

Sebagai kesimpulan, pendidikan anak-anak amat penting bagi menentukan masa depan mereka. Kita sebagai ibu-bapa patut mengambil inisiatif mewujudkan tabungan pendidikan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak. Pelbagai saluran tersedia sama ada menerusi SSPN, Takaful dan sebagainya. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak.

Selasa, 10 April 2012

10% SIMPANAN MELINDUNGI 100% PENDAPATAN


SIMPANAN 10% DAPAT MELINDUNGI 100% PENDAPATAN ANDA

PERUMPAMAAN SEPERTI "BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN" & "SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT" SUDAH SINONIM & SEBATI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT DI MALAYSIA. KITA SERINGKALI DINASIHATI DAN DI DIDIK SUPAYA MENYIMPAN & MENABUNG SEJAK DARI KECIL LAGI.

PELBAGAI INSTITUSI PERBANKAN DAN KEWANGAN YANG BOLEH KITA PILIH SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MEMBUAT SIMPANAN, TABUNGAN ATAUPUN PELABURAN. YANG MENJADI PERSOALANNYA, APAKAH CARA DAN TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT SIMPANAN?

PILIHAN ANDA?

1) SIMPAN 10% GAJI DI ASB
20 TAHUN SIMPANAN DI ASB, ANDA AKAN MENDAPAT PULANGAN YANG SANGAT BESAR MELALUI FAEDAHNYA.

2) SIMPAN 10 GAJI DI INSTITUSI KEWANGAN/PERBANKAN
20 TAHUN SIMPANAN DI BANK JUGA ANDA MENDAPAT PULANGAN YANG BANYAK MELALUI FAEDAH DAN BONUSNYA.

3) SIMPAN 10% GAJI DI RUMAH/TABUNG
20 TAHUN SIMPANAN, TIADA SEBARANG PULANGAN, HANYA JUMLAH YANG DISIMPAN SAHAJA KITA DAPAT.
PERSOALANNYA, ADAKAH SIMPANAN DI ASB/INSTITUSI KEWANGAN/BANK MEMBERI JAMINAN SIMPANAN KITA AKAN BERTERUSAN SETIAP BULAN SEHINGGA 20-30 TAHUN AKAN DATANG? JAWAPANNYA, YA, SEKIRANYA KITA MASIH MAMPU BEKERJA DAN SIHAT TUBUH BADAN SEPANJANG 20-30 TAHUN TERSEBUT. SEANDAINYA DITIMPA MUSIBAH SEPERTI SAKIT/LUMPUH/HILANG UPAYA/KEMALANGAN/KEMATIAN,
MASIHKAH KITA DAPAT MENGEKALKAN SIMPANAN 10% DARIPADA GAJI KITA?

  • 80% PESAKIT KANSER TIDAK MENGETAHUI MEREKA MENGHIDAPI KANSER SEHINGGA STAGE 4 (LAST STAGE)...
  • SERANGAN STROKE YANG MENGAKIBATKAN HILANG UPAYA KEKAL KIAN MENINGKAT SABAN HARI...
  • KEMALANGAN JALANRAYA HAMPIR SETIAP HARI TERPAMPANG DI MEDIA
SEMUANYA ADALAH PERKARA YANG TELAH BIASA DIDENGARI DAN DILIHAT PADA HARI INI, CUMA KITA MASIH TIDAK MENYEDARI DAN TIDAK TAHU BILA TIBA MASANYA MUSIBAH BOLEH MENIMPA DIRI KITA...

MULAKAN LANGKAH ANDA HARI INI... SEBELUM TERLAMBAT... HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT... 0173005049 (AYU).

Jumaat, 16 Mac 2012

MILIKI TAKAFUL ANDA SEKARANG!




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kepada anda yang masih belum memiliki Takaful, saya bersedia membantu anda!!
Khidmat Rundingan adalah seperti :-

~ Jaminan Haji
~ Jaminan Pendidikan Anak
~ Jaminan Persaraan
~ Jaminan Pendapatan Keluarga
~ Jaminan Lunas Hutang
~ Jaminan Bil Perubatan Hospital
~ Jaminan Elaun Hospital
~ Dana Pampasan Kemalangan
~ Dana Penyakit Kritikal
~ Dan Banyak Lagi Manfaat Boleh Didapati Di Etiqa Takaful

KERATAN AKHBAR

10 anak penguat semangat
SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
4 Julai 2012
Mohd Nasir (dua,kiri) menyampaikan cek pampasan takaful Etiqa kepada Kasmani dan anakanaknya.
Mohd Nasir (dua,kiri) menyampaikan cek pampasan takaful Etiqa kepada Kasmani dan anakanaknya.
KUANTAN – “Harta yang paling bernilai yang ditinggalkan suami saya adalah sepuluh orang anak kami, walaupun dia tiada lagi, anak-anak penguat semangat saya untuk teruskan hidup,” kata Kasmani Abdul Ghani,40, yang kehilangan suami tercinta Januari lalu akibat kanser tulang.

Kasmani berkata, paling menyedihkan anak bongsunya, Nur Faqiera Azzahra, tiga bulan tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah kerana ketika suaminya, Mohd Osman Samsuri meninggal, anaknya itu masih dalam kandungan.


“Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan dan saya akan membesarkan kesemua anak-anak kami menjadi anak yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat sebagaimana pesanan arwah sebelum dia meninggal.


“Sebelum ini, arwah sering berpesan kepada saya agar menjaga anak-anak apabila dia tiada lagi dan itu amanat yang berat untuk saya tunaikan, namun anak-anak adalah penguat untuK tempuh hari-hari mendatang dengan tabah,” katanya yang tinggal di Taman Impianku, Jalan Sungai Lembing.


Menurutnya, dia kini habergantung kepada wang bantuan kebajikan dan insurans takaful arwah untuk perbelanjaan sekolah dan keperluan harian mereka anak beranak.


“Arwah suami saya dulu bekerja sebagai pemandu lori dan dialah yang bekerja keras selama ini membeli barang-barang keperluan dapur dan perbelanjaan anak-anak.


“Sukar untuk saya keluar bekerja memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian,”katanya.


Sementara itu, Kasmani bersyukur apabila mendapat pampasan Etiqa Takaful Berhad yang dicarum arwah suaminya pada tahun 2010 sebanyak RM36,366.81


“Duit ini saya akan gunakan untuk perbelanjaan belajar anak-anak memandangkan mereka masih lagi belajar dan saya berharap agar mereka boleh meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi sebagaimana harapan arwah ayah mereka,” katanya.


Sementara itu,hadir sama Pengarah Agensi Kumpulan Etiqa Takaful Berhad, Sazali Abd Khalid dan penasihat Etiqa Takaful Berhad, M’Lima Management, Mohd Nasir Abd Halim.


Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Sudah jatuh ditimpa tangga
Che Som buntu memikirkan nasib keluarganya selepas kehilangan tempat bergantung seminggu yang lalu apatah lagi anak keempatnya terlantar sakit.
MACHANG - Derita sebuah keluarga di sini semakin bertambah apabila hilang tempat bergantung selepas ketua keluarga mereka meninggal dunia seminggu lalu, di Kampung Berangan Mek Nab, di sini.

Ayah mereka, Zawawi Ismail, 47, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan kencing manis selepas sebulan terlantar di hospital.


Ibu mereka, Che Som Che tengah, 40, berkata, dia terpaksa menjaga arwah suaminya di hospital sepanjang tempoh tersebut dan tidak dapat bekerja seperti biasa.


Katanya, selain suami, anak keempatnya, Mohd Akram, 13, turut terlantar akibat kemalangan jalan raya sebulan yang lalu.


“Sejak sebulan yang lalu, kami hanya bergantung hidup kepada duit simpanan yang tidak seberapa dan bantuan keluarga serta jiran-jiran.


“Selepas suami meninggal dunia, saya bercadang untuk kembali menoreh getah, memandangkan duit simpanan kami semakin berkurangan dan bergantung kepada duit bantuan yang dihulurkan keluarga dan jiran tetangga.


“Anak saya yang berada di tingkatan empat, terpaksa bercuti bagi menjaga adiknya yang sakit di hospital.


“Mohd Akram tidak dapat menguruskan dirinya memandangkan kedua kaki dan tangannya patah,” katanya.


Che Som berkata, dengan tiga anak yang masih bersekolah, dia terpaksa bertahan dan menempuh perjalanan lebih 20 kilometer sehari untuk mengambil upah menoreh getah di Kampung Pertok, Temangan.


Katanya, sebelum ini, dia menoreh getah bersama suaminya namun terpaksa bekerja keseorangan selepas ini.


“Saya benar-benar buntu dan terpaksa meminta anak ketiga saya menjaga adiknya biarpun dia masih bersekolah demi mencari sesuap nasi, biarpun menyedari kesan buruk kepada pelajarannya nanti.


“Saya tiada pilihan,” katanya.


Terputus punca rezeki

Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012

Terputus punca rezeki 

PADANG RENGAS - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran sebuah keluarga dari Kampung Pulai, Lubuk Merbau, di sini apabila punca pendapatan mereka terputus kerana masalah yang datang secara serentak.
Mokhter Ridi memerlukan jagaan sepenuhnya menyebabkan Faezah terpaksa membahagikan masa untuk menjaga suaminya dan anaknya

Sebelum ini, sumber pendapatan keluarga berkenaan bergantung hasil perniagaan kedai makan yang diusahakan, tetapi terpaksa ditutup berikutan ketua keluarga, Mohkter Ridi Ali, 56, mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan pada 18 April lalu. Lebih memburukkan keadaan, anaknya, Nor Fazela, 10, cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa hari selepas Mohkter Ridi dibedah.


Isterinya, Faizah Hanafiah, 40, berkata, suaminya memang sudah lama menghidap penyakit batu karang dalam hempedu, tetapi mereka sekeluarga masih boleh mencari rezeki bagi menampung kehidupan. Menurutnya, sebaik sahaja suaminya dibedah keadaannya amat lemah dan memerlukan jagaan sepenuhnya, ditambah pula musibah anaknya kemalangan menyebabkan keluarga mereka berdepan kesukaran.


“Sebelum ini kami masih mampu bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan walaupun kadangkala terpaksa ditutup. “Agar sukar untuk menanggung enam anak kerana ada yang masih bersekolah serta paling kecil baru berusia setahun lebih,” katanya Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini. Kata Faizah, dalam kepayahan menguruskan suami, dia dikejutkan dengan kemalangan dua anak menyebabkan keadaan semakin sulit.
Jelasnya, pada 22 April lalu dua anaknya yang berusia 14 dan 10 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya serta salah seorang daripadanya cedera parah.


“Saya terpaksa menumpukan perhatian kepada suami dan anak yang kritikal di Hospital Ipoh menyebabkan perniagaan tidak dapat dijalankan. “Saya dan anak-anak lain bergilir untuk menjaga suami dan anak yang parah ditahan di hospital,” katanya.
Faizah berkata, insiden kemalangan itu turut memberi tekanan kepada suaminya yang masih lemah dan ditakuti mengganggu kesihatannya.


Katanya, dia kini bingung apabila terputus punca rezeki dan tidak tahu di mana harus mencari wang dalam situasi seperti ini. “Kami ada meminta bantuan ketua kampung dan dia ada membantu dengan membuat surat bagi mendapatkan bantuan pembiayaan kos pembedahan suami.
“Tidak tahu bila kami dapat membuka kedai, sedangkan kini masih belum stabil dan saya tidak tahu nak buat apa sekarang,” katanya.



Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2012
Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser
ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal menjalani kehidupan sukar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser pangkal rahim awal Januari lalu.
Masitah Md Isa, 44, disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas berlaku tumpah darah pada Oktober ­tahun lalu dan menjalani pemeriksaan ­susulan di Hospital Alor Gajah.
Menurutnya, pihak hospital mengesahkan dia menghidap fibroid sebelum ­diberi cuti berehat dan dirujuk pula ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan.
“Pihak Hospital Melaka mengesan ­fibroid yang ada dalam rahim saya sudah merebak menjadi kanser tahap kedua dan saya kemudiannya menerima rawatan ­susulan di Pusat Perubatan Mahkota ­untuk menjalani rawatan radioterapi serta kimoterapi. Sepanjang rawatan selama sebulan, saya masih mampu berjalan seperti biasa, namun segalanya menjadi lebih getir ­apabila bahagian alat sulit menjadi hitam seperti kesan terbakar dan buasir sejak ­seminggu lalu,” katanya yang sudah ­berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu.
Masitah yang bekerja di sebuah kilang di Tangga Batu dengan pendapatan kira-kira RM600 kini terpaksa menyara ibunya bersama tiga anak dan dua anak saudaranya.
“Anak kedua saya, Noratikah Baharudin, 19, akan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Simpang Ampat dan yuran pengajian masih tertunggak ­sebanyak RM800. Dalam keadaan saya sukar bergerak, masa lebih banyak dihabiskan terlantar di atas katil dan tidak mampu bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia ada mengikhtiarkan ­pelbagai cara untuk mengubati kesan ­rawatan radioterapi yang menimpanya akibat kanser rahim yang dihidapi, namun tiada sebarang perubahan.
“Seminggu lalu, saya menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan kanser yang dialami sudah tiada namun bimbang sekiranya ia merebak di bahagian dalam. Saya buntu dengan masalah yang berlaku dengan keadaan terlantar sakit, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Persekolahan anak-anak perlu diteruskan,” katanya.
Masitah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ­sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak keduanya yang sempat bekerja ­sementara menunggu pendaftaran pe­ngajiannya April ini.


Remaja lumpuh kemalangan 'dapat bantuan'
HABSAH ISMAIL
17 Mac 2012
Remaja lumpuh kemalangan 'dapat bantuan'
KOTA BHARU- Tidak seperti remaja lain yang ligat ke sana ke mari dengan aktiviti sosialnya, namun semua itu tidak lagi dilalui anak kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Shahril Ramle, 22.
Mohd Shahril terlibat kemalangan jalan raya setelah motosikal ditungganginya bertembung dengan motosikal kawannya di Kampung Chengal, Ketereh, di sini empat tahun lalu.
Akibatnya, dia mengalami nasib malang apabila kepalanya cedera teruk dan badannya pula lumpuh, hanya mampu terlantar di katil sahaja.
Bapanya yang juga pesara tentera, Ramle Ismail, 50-an berkata, anak lelakinya itu mengalami kemalangan jalan raya pada usia 19 tahun dan sekarang ini masih berada pada keadaan sama pada usia 22.
“Bayangkan selama empat tahun kami terpaksa menjaganya yang lumpuh, tidak boleh bercakap (seperti orang strok) dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja.
“Sekarang ini, kedua-dua tangannya berpelukan kejang dan setelah empat tahun buat fisioterapi, kekejangannya berkurangan, manakala kaki pula mengecil,” katanya yang kini menjadi pengawal keselamatan dan tinggal di Kampung Chengal, Ketereh, di sini.
Menganggap semua yang berlaku sebagai ujian dan Mohd Shahril adalah amanah Allah SWT, keluarga berkenaan bergilir-gilir menjaga remaja istimewa itu bersama isteri dan anak-anak yang lain.
“Saya mempunyai enam anak dan kini sudah bersara dengan ATM, sudah lama saya mengimpikan untuk membeli katil dan tilam hospital untuk keselesaan Mohd Shahril,” katanya.
Mujur ada yang membantu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM mengambil langkah prihatin dengan menyumbangkan katil dan tilam hospital serta kerusi roda dengan kos kira-kira RM2,000 di bawah Skim Bantuan Kebajikan JHEV.
Timbalan ketua Pengarah JHEV, Mohd Fauzi Eshak semasa lawatan kebajikan ke rumah keluarga tersebut berkata, keluarga berkenaan masih perlu dibantu dalam apa jua bentuk sumbangan.
“Dengan nasib yang menimpa Mohd Shahril, masyarakat perlu membantu keluarga ini memandangkan ahli keluarga yang ramai dan masih bersekolah,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawat Mohd Shahril dan keluarga di Lot 1255, Kampung Chengal, Ketereh, di sini atau menghubungi talian 014-8222115 (Ramle).

 
Hanya bergantung pencen
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
Pencen
SRI AMAN - Penyakit angin ahmar yang dihidapi seorang bekas tentera, Mohd Asri Mohd Arif, 42, semenjak enam bulan lalu menghalangnya daripada bekerja.
Dia yang mempunyai tiga orang anak berumur 18 hingga 10 tahun itu, kini hanya mengharapkan pencen yang tidak seberapa untuk meneruskan hidup.
“Jika sebelum ini saya bekerja sendiri dengan melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan mendapat upah, tetapi semenjak diserang angin ahmar pada anggota badan sebelah kiri, saya hanya mampu duduk di rumah sahaja.
“Sekarang ini isteri terpaksa mengurus keperluan saya berikutan tidak mampu bergerak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semasa lawatan yang diadakan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) semalam.
Hadir semasa pada lawatan tersebut Naib Yang Dipertua PBTM Kelantan, Ibrahim Konok dan PBTM Cawangan Selising. Mohd Asri berkata, semenjak dia tidak dapat bekerja mereka sekeluarga terpaksa berjimat. Dia berkata, bukan isterinya tidak mahu bekerja, tetapi dia perlu menguruskan Mohd Asri dan anak-anak yang masih kecil. “Bagaimanapun saya berterima kasih kepada PBTM kerana sudi datang bertanya khabar dan menghulurkan bantuan.“Sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan bebanan keluarga,” katanya.Sementara itu, Ibrahim berkata, pihaknya berharap ada pihak lain yang melibatkan tentera tampil membantu bekas tentera yang memerlukan bantuan.Beliau berkata, jangan mengharapkan PBTM sepenuhnya untuk membantu mereka, kerana banyak lagi pihak yang sepatutnya tampil tetapi tidak berbuat demikian.


Lumpuh selepas kemalangan
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Lumpuh selepas kemalangan
SERTING HILIR - Anak kedua daripada lima beradik, di sini redha apabila hidupnya berubah selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran­ Sungai Sampoo 13 tahun lalu.
Selepas kejadian itu, Razali Buyung Ahmad, 34, hanya mampu terlantar di atas katil kerana lumpuh seluruh badan.
Kakaknya, Siti Saparrizah Ahmad, 36, berkata­, memang sedih apabila melihat keadaan adiknya itu.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa kawannya dan bertembung dengan lembu.
“Selepas itu, doktor sahkan dia lumpuh. Walaupun sedih dengan keadaannya sekarang, namun kami redha dengan ketentuan-Nya. Kadangkala saya bawa dia jalan-jalan sekitar kawasan rumah dengan kerusi roda, sekurang-kurangnya tidaklah baring sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya sempena program Walkabout Gerak Gempur Pemuda Jempol dekat Gugusan Felda Serting Hilir, kelmarin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman dan Ketua Umno Cawangan Felda Serting Hilir 4, Muhammad Ismail.
Razali adalah salah seorang daripada 40 penerima sumbangan sempena program itu.
Sementara itu, setiausaha program, Asfarudin Ramli berkata, program itu turut disertai 120 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal.
“Kerjasama yang diberikan Pemuda Umno sememangnya tidak berbelah bahagi, malah tidak ada masalah untuk mengumpulkan mereka. Selepas ini, kita akan anjurkan satu program khas untuk belia iaitu Pentas pemuda (debat) yang dijangka bermula pada April ini,” katanya.


Derita hidap sakit jantung
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Bantuan
BAYAN LEPAS – Seorang bekas pemandu lori yang menghidap penyakit jantung di Kampung Permatang Tepi Laut, di sini memohon bantuan membiayai kos rawatan susulan untuknya bagi mendapatkan rawatan setiap tiga bulan sekali di Institut Jantung Negara (IJN).

Hamizan Abu Bakar, 35, berkata, penyakit yang mula dikesan empat tahun lalu itu semakin kronik sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani prosedur pemasangan penjana denyut nadi (pacemaker) pada tahun 2009.

“Kos rawatan mencecah RM50,000 dibiayai Yayasan IJN, manakala saya hanya perlu menanggung kos rawatan susulan yang perlu dilalui sehingga akhir hayat. Kira-kira RM1,000 digunakan setiap kali rawatan dan saya dan isteri akan menaiki bas untuk ke IJN di Kuala Lumpur.
“Perbelanjaan untuk menampung kos pergi balik ditambah pendapatan isteri yang hanya bekerja sebagai operator pengeluaran membuatkan kehidupan kami agak sukar buat masa ini,” katanya.
Dia berkata demikian semasa kunjungan Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Norman Zahalan dan dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Bayan Baru, Rosesarwandi Saad@Yaacob ke rumahnya, semalam.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga anak berusia antara dua hingga lapan tahun ini berkata, pencen ilat dan Wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diterima kira-kira RM400 setiap bulan tidak mencukupi menanggung kehidupan mereka sekeluarga.
Menurutnya, pendapatan isteri juga tidak menentu dan setakat ini, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimohonnya tidak berjaya kerana dia tidak layak untuk diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya (OKU). “Walau bagaimanapun, anak saya menerima bantuan persekolahan JKM sebanyak RM100 sebulan. “Selain itu, rakan rapat jadi tempat mengadu untuk saya meminjam wang agar hidup dapat diteruskan,” katanya. Hamizan sekeluarga yang berharap agar ada insan prihatin yang sudi membantunya.
Katanya, dia dan ibunya berniaga makanan ringan kecil-kecilan untuk meningkatkan pendapatan.
“Pulangannya sedikit, tetapi dapat juga menampung keperluan kami,” katanya. Sementara itu, Norman berkata, pihaknya akan membantu mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan Hamizan yang akan ke IJN pada 19 Mac ini. “Kami akan bantu memastikan sumber kewangan diperolehnya dan buat permulaan, RM500 diberikan dahulu padanya dan selebihnya akan dibincangkan kemudian.
“Saya berharap orang ramai akan turut sama membantu meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya.
Bagi yang berminat untuk menderma, salurkannya melalui akaun Maybank 107135179581 di bawah nama Hamizan Abu Bakar.



Wan Arif: 'Mama, tolong doakan abang'

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.37307.1333498111!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
ROSDALILAH ZAHARI
4 April 2012
IPOH - “Mama... ini dugaan untuk abang. Mama jangan bimbang. Mama cuma doakan abang supaya cepat sembuh dan boleh bermain dengan kawan-kawan macam biasa.” Walaupun baru berusia lapan tahun, si kecil memahami situasi pe­ra­­­saan dilalui ibunya. Malah dia masih mampu tampil ceria. Wajah manisnya yang gemar mengorak senyum, menutup segala derita dilaluinya.Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, dari Kampung Sentang, Batu Gajah, dekat Ipoh bukan menderita sakit biasa. Anak kecil itu disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.Wan Arif Ferdaus, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad menghidap kanser di bahagian kaki kiri dan memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemin­dahan tulang titanium.Kanak-kanak ini juga berharap cepat sembuh agar cita-citanya sebagai angkasawan dapat dicapai. Bertemu ibunya, Zetty Ramli, 28, merungkai cerita detik permulaan bagaimana penyakit anaknya itu mula dikesan. Sinar Harian bertemunya di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak yang hadir untuk meminta bantuan daripada Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah.“Ia bermula pada Februari tahun lalu selepas Wan Arif Ferdaus terjatuh ketika bermain di sekitar rumah kemudian mengadu sakit kaki kiri.“Bermula dari insiden itu, Wan Arif Ferdaus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemerik­saan lanjut.“Pemeriksaan awal menyatakan anak saya hanya mengalami bengkak biasa, malah ia dikatakan selalu terjadi ke atas kanak-kanak sebaya dengannya.“Namun dua bulan kemudian, anak saya kembali sakit dan sekali lagi dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan tetapi penyakitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya,” ceritanya. Ibu kepada tiga anak itu berkata, setiap malam anak sulungnya pasti mengadu sakit hingga tidak dapat tidur.“Kami akhirnya membuat keputusan untuk membawa anak kami menjalankan pemeriksaan di Hospital Pantai dengan meminjam wang daripada ahli keluarga.“Selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray, doktor mengesahkan ada sesuatu yang tidak normal pada kaki anak kami,” katanya.Tambahnya, keputusan itu dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ujian biopsi mengesahkan Wan Arif Ferdaus mengidap kanser tulang tahap dua.Pada 26 Mac lalu, kanser Wan Arif Ferdaus sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dijalankan segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini.“Kata doktor, peluang untuk anak kami sembuh hanya 40 peratus,” katanya yang turut membawa anaknya menjalani rawatan tradisional.Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob, 33, yang hanya bekerja kilang berterus-terang dia tidak mampu untuk menampung kos pembedahan tersebut.“Setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk rawatan anak kami dengan bantuan yang disumbangkan ahli keluarga serta rakan-rakan sekerja.“Saya turut mencuba nasib meminta bantuan beberapa pihak tertentu, namun tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan,” katanya yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan.Menurutnya, anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dan akan menjalani rawatan seterusnya pada 16 April ini.Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya akan cuba memohon bantuan daripada orang ramai mahupun badan korporat untuk mendapatkan dana bagi membantu menampung kos pembedahan kanak-kanak tersebut.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob 158015114461 atau menghubungi talian 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy) untuk mendapatkan maklumat lanjut.