Loading...
Custom Slideshows.

FLEXI PA TAKAFUL



Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?

Berikut adalah manfaat-manfaat Takaful Flexi PA:

1. Kematian akibat kemalangan (RM50,000)
 Sekiranya anda mengalami kecederaan badan semasa tempoh takaful yang mengakibatkan kematian dalam tempoh lima puluh dua (52) minggu dari tarikh kemalangan, kami akan:

a. Dengan kebenaran, menyelesaikan baki tertunggak pinjaman sewa beli kereta persendirian anda dan membayar jumlah manfaat yang selebihnya, jika ada, kepada penama/keluarga anda; atau

b. Sekiranya tiada kebenaran untuk menyelesaikan sebarang baki tertunggak pinjaman sewa beli, membayar penuh jumlah manfaat kepada penama/ keluarga anda


2. Hilang Upaya menyeluruh yang kekal (RM50,000)
Sekiranya anda mengalami kecederaan badan semasa tempoh takaful yang mengakibatkan keadaan seperti berikut dalam tempoh lima puluh dua (52) minggu dari tarikh kemalangan:

a. Lumpuh menyeluruh yang kekal, atau
b. Terlantar akibat hilang upaya kekal, atau
c. Kehilangan menyeluruh yang kekal kedua-dua belah mata, atau
d. Kehilangan menyeluruh yang kekal bagi penggunaan kedua-dua belah tangan @ kedua-dua belah kaki atau kedua-dua belah anggota tangan & kaki

3. Elaun Kemasukan ke Hospital (RM50 semalam, sehingga RM5,000)
Tempoh perlindungan ialah satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui sijil takaful anda secara tahunan.

Nota: Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat di atas.

Lebihan
Lebihan ditentukan pada setiap penghujung tahun kewangan dari Dana Takaful Am (Dana) setelah potongan dibuat bagi upah wakalah bayaran manfaat, takaful semula dan peruntukan-peruntukan rizab berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya terdapat lebihan, kami akan menerima lima puluh peratus (50%) daripada dana tersebut sebagai insentif kerana bertanggungjawab dalam mengendalikan serta menguruskan Dana tersebut. Sementara bakinya akan diperuntukkan untuk pengagihan di kalangan para peserta tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam sijil ini. Lebihan tersebut akan dibayar kepada para peserta yang tidak membatalkan sijil ini atau membuat sebarang tuntutan sebelum tarikh tamat sijil mereka. Jika lebihan yang hendak dibayar kurang dari RM 10.00, maka lebihan tersebut akan didermakan kepada tabung kebajikan yang akan digunakan untuk tujuan amal jariah bagi pihak para peserta.

Nota: Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat di atas.

4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan tahunan ialah RM70.00 (termasuk duti setem RM10.00) Sumbangan boleh dibuat secara tunai, kad kredit atau cek

5. Apakah terma-terma & syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
a. Anda perlu mendedahkan secara penuh dan jujur semua fakta-fakta material yang anda tahu atau sepatutnya tahu, jika tidak sijil yang dikeluarkan dianggap tidak sah.

b. Kami berhak untuk meminda terma-terma, pengecualian-pengecualian dan syarat-syarat sijil ini dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod-rekod kami. Anda perlu memberitahu kami jika terdapat apa-apa perubahan kepada alamat, pekerjaan anda atau jika anda mengalami apa-apa kecacatan fizikal atau sebarang kelemahan akibat daripada penyakit semasa di dalam tempoh takaful dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis terlebih dahulu.

c. Semua tuntutan mestilah diberitahu kepada kami dengan secepat mungkin tetapi tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas berlakunya sebarang kejadian yang membolehkan anda membuat tuntutan di bawah sijil ini. Kirimkan dokumen yang berkaitan kepada kami dengan segera untuk menyokong tuntutan anda. Tuntutan tidak dianggap lengkap dan manfaat-manfaat yang layak tidak akan dibayar kecuali semua bil atau resit bagi tuntutan sedemikian telah diserahkan dan dipersetujui oleh kami. Sebarang dokumen atau bukti yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut perlu disediakan atas perbelanjaan anda. Sebarang pemeriksaan perubatan yang kami perlukan untuk mengesahkan tuntutan tersebut adalah di bawah perbelanjaan kami.

d. iNDIVIDU tidak boleh dilindungi lebih daripada satu sijil Takaful Flexi PA.

e. Kami tidak akan membayar sebarang manfaat semasa anda berada di luar Malaysia untuk tempoh melebihi tiga (3) bulan berturut-turut di dalam mana-mana satu tempoh takaful.

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai lengkap terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di dalam sijil.

7. Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah sijil ini?
a. Penyakit sedia ada.
b. Tindakan yang disengajakan, jenayah atau tindakan haram, atau kecuaian.
c. Bunuh diri atau percubaan membunuh diri, pembunuhan atau serangan akibat provokasi.
d. Kecederaan terhadap diri sendiri, tekanan, gangguan fikiran atau perasaan.
e. Alkohol atau penggunaan dadah.
f. Kehamilan, kelahiran anak, keguguran atau pengguguran anak.
g. AIDS atau kehadiran sebarang HIV.
h. Sebarang peperangan, rusuhan, mogok, pemberontakan dan kegemparan awam.
i. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif.
j. Terlibat di dalam pekerjaan dan aktiviti berbahaya.

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil takaful untuk senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di dalam sijil                

Tiada ulasan: