Loading...
Custom Slideshows.

KENDERAAN



Apakah yang dilindungi di bawah Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta?
Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda, dalam keadaan:
·   PERLANGGARAN
jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal atau tahap normal haus dan lusuhnya sesebuah kereta
·   OBJEK YANG TERJATUH
melainkan disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semula jadi

·   KEBAKARAN, LETUPAN ATAU DISAMBAR PETIR
·   ROMPAKAN , PECAH KERETA ATAU KECURIAN
·   PERBUATAN JAHAT /KHIANAT
·   APABILA DI DALAM TRANSIT
(termasuk memenuhi @ mengosongkan muatan) di atas jalanraya,rel@air

Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda"?
·    Kerugian Turutan seperti kehilangan pendapatan akibat pelanggaran
·    Kehilangan Kegunaan Kenderaan
·    Susut nilai, haus dan lusuh normal bagi kenderaan
·    Kerosakan tayar kereta melainkan kenderaan rosak pada masa yang sama
·    Jumlah LEBIHAN yang dinyatakan dalam jadual polisi anda

Liabiliti pihak ketiga, bagi:-
·    KEMATIAN ATAU KECEDERAAN tubuh kepada pihak ketiga
·    KEROSAKAN kepada harta-benda pihak ketiga oleh kereta anda
·    KOS PERUNDANGAN yang dikenakan sehingga had sebanyak RM2,000

Apakah yang tidak dilindungi di bawah seksyen "Liabiliti pihak ketiga"?
·   Kematian/Kecederaan kepada penumpang yang dibawa untuk upah/gaji
·   Kerosakan harta benda pihak ketiga di bawah pemilikan anda
·   Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda
·   Sebarang tuntutan/tindakan undang2 di luar Malaysia, Singapura @ Brunei

Tiada ulasan: