Ambil Satu Langkah Mudah
Untuk Menyimpan dan Nikmati Kehidupan Yang Anda Inginkan Sekiranya anda
bimbangkan tentang pelaburan wang simpanan anda dan pada masa yang sama tidak
langsung melihat sebarang perkembangannya, usahlah ragu lagi. Mulakan simpanan anda
dengan Pristin yang memberikan anda jaminan untuk menikmati pulangan dalam
jangka masa yang terancang. Lihat Wang Anda Berganda Dengan Pristin
Pristin merupakan pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap untuk
20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% dari Sumbangan Tahunan Asas
semestinya menggandakan wang anda. Dengan Pristin, anda dapat menjalani hidup
dengan sepenuhnya dan menikmati ketenangan minda kerana anda sememangnya
dilindungi dan mendapat bayaran tunai tahunan yang akan membantu anda menjalani
gaya hidup anda. Siapakah Yang Layak? Orang
Dilindungi: Mereka yang berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun Peserta:
Mereka yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun. Manfaat Utama Yang
Ditawarkan Oleh Pristin
Manfaat Kematian
|
Sekiranya berlaku
Kematian ke atas Orang Dilindungi, Jumlah dilindungi berserta semua nilai
terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan
daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) ditolak dengan sebarang hutang akan
dibayar secara sekaligus.
|
|
|||||
Manfaat Hilang Upaya
Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
|
Sekiranya berlaku HUMK
ke atas Orang Dilindungi sebelum umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi serta semua
nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan
yang dibuat (jika ada) akan dibayar.
Jika bayaran agregat Jumlah Dilindungi (setiap seorang yang dilindungi) adalah sehingga RM1 juta, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi adalah melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam kontrak sijil. |
||||||
Manfaat Penyakit
Terminal
|
Setelah Orang Dilindungi
didiagnosis mengalami Penyakit Terminal semasa tempoh Takaful atas sebab
semula jadi atau kemalangan, jumlah dibayar adalah bersamaan dengan Jumlah
Dilindungi serta nilai terkumpul di dalam DPP, jika ada.
Penyakit Terminal ditakrifkan sebagai keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada Orang Dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang Dilindungi hendaklah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis oleh pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pihak Syarikat. |
||||||
Manfaat Matang
|
Apabila tempoh Sijil
dipenuhi oleh Orang Dilindungi, nilai terkumpul di dalam DPP termasuklah
keuntungan DPP dan lebihan dari Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang
telah diperuntukan kepada Peserta akan dibayar.
|
||||||
Bayaran Tunai Tahunan
|
Bayaran Tunai Tahunan
Tetap berdasarkan pada peratusan Sumbangan Tahunan Berbayar* akan dibayar
sepanjang tempoh Sijil selama 20 tahun.
*Tidak termasuk sumbangan tambahan dan sumbangan rider (jika ada) Mod sumbangan tahunan: Bayaran dibuat pada permulaan setiap tahun Sijil. Mod sumbangan lain: Bayar dibuat pada penghujung setiap tahun Sijil, tertakluk pada sumbangan penuh yang diterima bagi setiap tahun Sijil |
Sumbangan Dengan sumbangan
yang berpatutan, anda boleh menyertai Pristin dan menikmati segala manfaat yang
ditawarkan oleh pelan ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan
secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan. Asas
Kontrak Pristin menggunakan konsep Tabarru' (derma), di mana Peserta bersetuju
untuk menderma atau menyumbang sebahagian jumlah tertentu daripada sumbangan
yang dibayar kepada Dana Risiko Peserta (Tabung Tabarru') untuk tujuan membantu
dan menolong sesama Peserta jika diperlukan. Pelan ini juga menggunakan konsep
Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful bagi pihak mereka untuk
melabur dan menguruskan kedua-dua DRP dan DPP. Yuran Wakalah akan ditolak
daripada sumbangan yang dibayar. Baki jumlah akan dilabur ke dalam DRP dan DPP.
Tahun
Sijil |
Yuran Wakalah
sebagai % sumbangan |
Yuran Tetap Wakalah
setiap tahun |
1
|
90%
|
RM 60.00
|
2
|
50%
|
RM 60.00
|
3
|
31%
|
RM 60.00
|
4
|
25%
|
RM 60.00
|
5 - 6
|
15%
|
RM 60.00
|
7 onwards
|
5%
|
RM 60.00
|
Yuran Prestasi daripada
Tambahan dalam DRP diagihkan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%). Yuran
Insentif daripada keuntungan pelaburan dalam DPP diagihkan di antara anda (90%)
dan Etiqa (10%). Nota Penting Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa
waras dalam masa setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh
Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran
balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah dilindungi
jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh
Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil Peserta akan
diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan
jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan, Sijil akan dilanjutkan di
bawah kemudahan sumbangan automatik. Sijil akan berakhir jika jumlah dalam
Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan. Sijil ini
mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang
bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya
untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan
yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda. Apabila
Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini
akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan
mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan.
Prestasi perlaburan dana tersebut akan berdasarkan pada prestasi sebenar dan
tidak terjamin. Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan
penyertaan anda dalam masa 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil, yang
melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat,
selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan
kesihatan (jika berkenaan). Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah
Pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin.
Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan segala manfaat yang
diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam
Dana Pelaburan Peserta. Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan
yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful
Berhad. Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira
sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad
didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan