Takaful adalah suatu skim saling bantu membantu berlandaskan semangat persaudaraan dan perpaduan di mana Peserta seperti anda sepakat untuk membantu satu sama lain secara kewangan sekiranya berlaku keperluan tertentu seperti yang telah ditetapkan. Dengan niat sedemikian, Peserta membayar Sumbangan Takaful berasaskan Tabarru‟ (sumbangan) kepada Dana Takaful Am (Dana) yang dikendalikan oleh Etiqa Takaful Berhad (Pengendali Takaful). Sebagai Pengendali Takaful, Kami bertanggungjawab untuk memilih Peserta, menentu dan memungut Sumbangan Takaful. Kami juga bertanggungjawab untuk melaburkan Dana dan membayar Manfaat Takaful kepada Peserta yang berhak. Semua perolehan dari pelaburan akan dikreditkan ke dalam Dana tersebut. Perhubungan antara Anda dan Kami adalah berlandaskan kontrak Wakalah.
Manfaat dengan Femina Special adalah seperti berikut :-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan