Masyarakat kita khususnya melayu selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan TAKAFUL.
Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit yang
sepatutnya ambil TAKAFUL kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan
dan sebagainya.
Golongan yang kurang duit pula menganggap, TAKAFUL ini
hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mampu membayarnya.
Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukannya kerana TAKAFUL memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.
Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukannya kerana TAKAFUL memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.
Golongan Banyak $$$$$$$$
Bagi golongan banyak duit, anda tentunya memiliki pelbagai harta dan
wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung
segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda?
Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin
terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos
rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan
perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk
mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin
tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga
menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki TAKAFUL, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual
harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup
sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu
juga, dapat disediakan melalui simpanan TAKAFUL.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta
dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia
menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah
memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada pelan SIMPANAN TAKAFUL
supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.
Golongan Kurang $$$$$$$
Bagi golongan kurang duit pula, bukan sahaja gaji bulanan yang anda
terima sekadar cukup-cukup sahaja, malahan anda memiliki banyak komitmen
lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun,
anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana
nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau
sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang
mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah
anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung
keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri,
yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka
hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan
yang melanda? InsyaAllah, dengan memiliki TAKAFUL, anda mampu untuk menyediakan tabung
kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya
anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa
penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab
anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba
ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit
gaji bulanan untuk caruman SIMPANAN TAKAFUL.
Walaupun sedikit, pampasan yang diperolehi oleh keluarga nanti,
begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan
mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga
akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI 017-3005049
Tiada ulasan:
Catat Ulasan