Loading...
Custom Slideshows.

Sabtu, 19 Mei 2012

PELAN PELABURAN VS TAKAFUL

Sebelum tahun 2000, hanya polisi insurans hayat tradisional yang terdapat dipasaran. Sejak itu, beberapa syarikat insurans di Malaysia telah mengeluarkan banyak produk insurans berkaitan pelaburan. Mari kita melihat illustrasi beberapa perbezaan utama antara 2 jenis polisi ini : 
1) Perlindungan atau jumlah yang diinsuranskan
 

Polisi tradisional: Perlindungan dijamin meningkat kepada dua kali ganda daripada perlindungan awal selepas lebih 20 tahun. Dalam kes ini, dari 50Khingga 100K. Jika pemilik polisi sentiasa membayar premium, perlindungan akan terus meningkat.


Investment-linked: Hayat yang diinsuranskan boleh dipilih daripada pelbagai jenis perlindungan. Dalam kes ini, dari 24k ke 200K.Perlindungan akan dikekalkan melainkan anda ingin melakukan perubahan.
2) Caj insurans


Polisi tradisional: Premium dicaj secara purata. Ia dikenali sebagai Premium Level.


Investment-linked:  Akan bertambah dari semasa ke semasa, mengikut umur anda. Ini membuatkan polisi investment-linked sangat kompetitif apabila anda masih muda, tetapi akan bertambah apabila anda semakin tua. Ini dikenali sebagai Premium Asli / Top-Up.

3)Nilai tunai atau pulangan


Polisi tradisional: Bonus diisytiharkan setiap tahun. Sebaik sahaja ia diisytiharkan, ia menjadi hak anda. Ini bermakna apabila syarikat insurans mengisytiharkan jumlah bonus tertentu kepada anda, bonus tersebut akan disimpan dengan polisi anda dan tidak akan dipengaruhi oleh prestasi pasaran.

Investment-linked: Pemilik polisi melaburkan lebihan premium daripada dana yang mereka pilih. Ia boleh menjadi satu dana berisiko rendah seperti Dana Pendapatan atau Dana Ekuiti lain yang berisiko sederhana hingga dana yang berisiko tinggi. Walaupun pemilik polisi boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi atau nilai tunai apabila pasaran meningkat, tetapi semua pulangan mungkin akan terhapus apabila pasaran menurun. Tetapi ia boleh memberikan kita perlindungan besar dari segi perlindungan pendapatan.

KESIMPULAN

Jadi, polisi mana yang sesuai dengan anda? Polisi tradisional adalah jenis polisi yang anda patut anda simpan untuk seumur hidup. Jika anda berminat untuk melabur, maka anda boleh memilih polisi investment linked. Ianya lebih berisiko dan mahal tetapi anda mungkin boleh menamatkan polisi  investment linked anda apabila anda bersara untuk mengelak bayaran premium yang tinggi. Jika tidak, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan perlindungan untuk menjimatkan caj insurans tidak masuk akal pada usia yang lebih tua.

TETAPI, jika anda bercadang untuk mendapatkan kad perubatan, ia adalah lebih baik untuk TIDAK mengambil kad perubatan yang diikat dengan pelan investment-linked kerana ia akan mengurangkan perlindungan anda dan premium akan meningkat bukan hanya kerana peningkatan umur anda, tetapi ia juga bergantung kepada unit dan turun-naik saham.

-WALLAHUALAM-


Tiada ulasan: