Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 20 Jun 2012

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful
  • Tiada unsur riba'
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur gharar
  • Ada perkongsian untung / Akad yang dipersetujui (Al-Mudharabah)
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
  • Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
  • Mudharabah bermaksud perkongsian untung
  • Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
  • Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
  • Mudharabah dibenarkan oleh agama
  • Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Simpanan yang berasaskan Hukum Syariah

Tiada ulasan: