Loading...
Custom Slideshows.

Jumaat, 7 Mac 2014

TIDAK PERLU TAKAFUL!!

Sebab anda tidak perlukan takaful...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Perlu ke ambil produk takaful ni? Especially medical card, pampasan lumpuh, kemalangan dan sebagainya? Jawapan saya senang je…Tak perlu pun kalau anda ada 8 sebab ni :
1) Anda seorang jutawan! 
Orang banyak duit boleh pilih je nak dapatkan rawatan perubatan dari mana pun, dalam negara @ luar negara …petik jari je semua boleh pergi…Betul tak? Bayangkan pula kalau accident, malang pula tak berbau….terus lumpuh, dah tak boleh kerja…Tapi, disebabkan dalam akaun ada RM berjuta….katakan saving ade RM1 juta mereka boleh hidup lagi 20 tahun…Jom buat calculation sikit…
RM 1,000,000
20 tahun
=
RM 50,000 setahun

RM 50,000
 12 bulan
=
RM 4,166.70 sebulan
RM 4,166.70
 30 hari
=
RM 138.90 sehari
Rasa-rasanya RM 4,166.70 sebulan cukup tak untuk perbelanjaan makan, minum tanpa langsung boleh bekerja? Mungkin cukuplah untuk mereka guna duit ni untuk kelangsungan hidup..
2) Anda sudah mempunyai penyakit-penyakit kritikal serta lumpuh.
Terus-terang saya katakan, keadaan orang yang mengambil takaful pada satu-satu masa mestilah orang yang masih sihat, yang masih mampu menggunakan anggota badan untuk bergerak ke sana-sini dan akan di’cover’ segala musibah seperti penyakit, accident dan lumpuh yang menimpanya selepas mereka mengambil takaful… jadi, sekiranya anda masih sihat, masih belum terlambat untuk mengambil protection untuk diri anda sendiri…tapi, kalau anda nak tangguhkan niat anda pun boleh…tapi pastikan anda terus sihat, jangan accident dan jangan terjadi apa-apa musibah kepada anda dalam tempoh anda masih hidup ni…
3) Anda sentiasa yakin tidak akan sakit / ditimpa musibah..
Anda menjaga pemakanan anda, tidak merokok, tak makan daging, vegetarian, makan makanan organik, tiap-tiap hari check tekanan darah dan kolestrol dan sebagainya. Disebabkan anda terlalu concern dengan kesihatan anda, pasti anda dijamin sihat dan takkan sakit dan takkan sesekali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Mungkin hayat anda pun boleh extend sehingga 100 tahun.. Wallahualam..
4) Anda seorang yang betul-betul penyabar orangnya dan suka untuk menunggu berjam-jam lamanya..
- Sebagai contoh, anda sakit dan pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan.. Sebab tak payah keluar duit kan.. First step, Anda pun daftar dan ambil nombor…Second step, anda kena dapatkan rawatan..Tapi, dah 3 jam menunggu, anda tengok nombor giliran anda tak dipanggil, tapi nombor giliran selepas anda dah 2, 3 berlalu…
-Anda sabar dan anda tunggu lagi..4 jam menunggu, akhirnya nombor anda dipanggil… Tiba-tiba dapat pula doktor houseman (doktor praktikal), baru 5 hari bertugas kat situ..
-Situasi yang sama berlaku apabila anda nak ambil ubat..Disebabkan terlalu ramai pesakit yang nak ambil ubat juga, jadi anda sabar menunggu nombor giliran anda dipanggil untuk mengambil ubat..
-Ucapan saya…tahniah, kerana anda orang yang paling sabar di dunia ni….!!
5) Anda seorang pemandu terlatih yang boleh elak sebarang accident daripada berlaku terhadap diri anda dan keluarga
- Anda pemandu hebat, drift macam mana pun memang takkan melanggar dan dilanggar oleh orang lain.. Paling penting anda memang bijak meramal apa yang bakal berlaku pada jalan di hadapan dan belakang anda..Comfirm tak accident..
6) Anda makan makanan tambahan/ supplement terhebat
Bayangkan makanan tambahan yang anda kata hebat dan anda boleh mematikan segala penyakit yang baru nak bertapak dalam badan, yang boleh menumbuhkan semula tangan atau kaki yang telah hilang akibat dari accident, kena kisar dengan mesin, yang boleh membuatkan anda jadi muda semula selepas tua…memang hebatlah… TERBAEEKK..
7) Anda kebal macam Incredible Hulk
Buatlah apa-apa kat anda sekalipun, besi jatuh atas badan, peluru sesat menujah anggota badan anda, Kereta terbabas sehingga menghempap diri anda macam yang telah berlaku semasa aktiviti drag kereta di Putrajaya pada Perhimpunan Sejuta Belia, takkan sikit pun memudaratkan diri anda..Malah anda tetap normal dan boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

8) Company anda terlalu sayangkan anda sehingga selepas anda pencen pun masih mahu menaggung bil perubatan anda
Saya tabik lah kalau ada company yang betul-betul concern tentang pekerjanya sehinggakan masih mahu menanggung bil perubatan tak kiralah dengan menggunakan insurans yang disediakan oleh company, mahupun company tersebut yang mengeluarkan 100% dana untuk membiayai bil perubatan anda sekalipun anda telah pencen dan meninggalkan company anda 5 tahun lamanya.. Saya akan sarankan orang ramai untuk bekerja di tempat anda bekerja supaya mereka juga tak perlu mengambil takaful.

Hanya 3 keadaan sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita iaitu samaada :

1) Kita hidup dan Sihat atau;
2) Kita Hidup dan Sakit/Ditimpa Musibah atau;
3) Kita Meninggal Dunia / Mati

Inilah antara sketsa kenapa anda jangan ambil produk takaful.. Maafkan saya jika terkasar bahasa dan menyinggung anda akan tetapi ini adalah hakikat dan realiti kehidupan kita. Perlu difahami, segalanya berlaku hanya dengan kehendak Allah swt.

-Sekadar renungan.. Wallahualam-

Tiada ulasan: