Loading...
Custom Slideshows.

Sabtu, 1 Mac 2014

MENGAPA TAKAFUL PENTING?


Sebelum saya menjawab pertanyaan ini tanyalah diri kita dulu. 


Pentingkah kalau keluar rumah pakai kasut? 
Pentingkah beli kereta kena beli insurans sekali?
Kenapa undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar semasa memandu atau topi keledar semasa menunggang motosikal?
Pentingkah lilin dan torchlight sedangkan elektrik sudah ada?
Pentingkah itu dan ini dan segala macam lagi persoalan....

Kalau kita boleh jawab semua soalan tersebut mungkin kita perlu sedar akan kepentingan Takaful.Semua persoalan penting ke tak tersebut yang lain dan tak bukan ialah satu bentuk pencegahan. Pakai kasut keluar rumah sebab untuk melindungi tapak kaki kita. Jika ikut logik Allah dah cipta kulit yang tebal dekat tapak kaki. Kenapa mesti pakai kasut lagi?

Sama juga seperti topi keledar. Di Negara lain tak pakai topi keledar pun boleh selamba je naik motosikal. Tapi kenapa di Malaysia perlu? Sebabnya untuk mengurangkan risiko kecederaan sebagai contoh jika terjadinya suatu kemalangan. Ini kerana statistik kemalangan di Malaysia sendiri meningkat saban tahun.


Untuk peringatan kita bersama… Takaful hanyalah sebagai salah satu cara bagi membantu kita di saat kecemasan/memerlukan dan bukan cara untuk kita bergantung harap 100%. Jangan menjadikannya 1 keyakinan dan kepastian yang menjadikan diri kita kufur kepada Allah SWT, kerana segalanya berlaku adalah atas kehendakNya… Wallahualam…

"Kepercayaan Anda, Amanah Kami"

Tiada ulasan: