Loading...
Custom Slideshows.

Jumaat, 9 Mac 2012

FATWA DARI JAKIM

 
Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional 
Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.


Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.


Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
 
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


Menurut para ulama’, khususnya Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qardawi, sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Setiap peserta yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhwah. Sebahagian daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

ii. Apabila wang sumbangan itu diperniagakan, hendaklah mengikut syarak contohnya melabur dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.

iii. Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan untuk mendapat pampasan yang berlipat ganda apabila terjadi musibah tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan bersama.

iv. Konsep tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan itu,haram hukumnya ditarik kembali. Sekiranya terjadi sesuatu peristiwa, haruslah diselesaikan menurut syarak.

Tiada ulasan: