Di Malaysia kita didedahkan dengan segala macam maklumat supaya kita dapat memilih yang mana satu Ok bagi kita yang beragama Islam. Kewangan Islam. Satu KEWAJIPAN bukan satu PILIHAN Takaful Keluarga adalah altenatif kepada Insuran Konvensional. Pilihan yang membebaskan anda dari rasa kurang yakin, ketenangan dan yang paling penting adalah pampasan yang bakal waris anda terima adalah HALAL. Dengan pelbagai pelan Takaful Keluarga dari berbilang syarikat sebenarnya anda mampu membuat pilihan yang tepat. Pilihan yang boleh menjamin diri anda keluarga anda.
Siapa sebenarnya yang memerlukan Takaful Keluarga?
Setiap insan yang bernyawa memerlukan perlindungan takaful keluarga. Samada ia miskin atau kaya ia tetap memerlukan perlindungan Takaful Keluarga
Jika anda menyimpan RM100.00 didalam poket anda, adakah esok ia akan menjadi RM200.00? sudah pasti tidak. Jika anda membuka akaun dengan syarikat takaful dengan RM100.00 InsyaAllah ia tetap akan menjadi puluhan ribu pada esok hari.
Apa kesan kepada keluarga anda, jika anda tidak mempunyai skim perlindungan Takaful Keluarga?
Mungkin anda tidak akan merasa apa apa kesan kerana pada ketika itu anda sudah tidak bernyawa lagi. Tetapi, bagi mereka yang masih hidup. Mereka terpaksa meneruskan kehidupan tanpa insan yang tersayang sudah pasti akan ditimpa musibah dengan hutang yang anda tinggalkan, komitmen yang belum dilangsaikan...
Kenapa saya bukan anak-anak saya?
Didalam keluarga anda siapa sebenarnya yang mencari sumber pendapatan? Anda atau anak-anak anda? Jika sesuatu terjadi kepada anda, adakah anak-anak anda boleh mengambil alih jawatan anda? gaji anda dan tanggungjawab anda selama ini? Sudah pasti tidak. Oleh itu, melindungi diri anda adalah sangat penting. Tapi, masih ramai yang membeli polisi Insuran atau Takaful untuk anak-anak mereka sahaja berbanding diri mereka sendiri. Tindakan ini adalah kurang tepat. Anda sepatutnya melindungi diri anda dahulu sebelum melanjutkan kepada anak anak anda Dengan demikian secara lansung akan memberi kesan ke atas corak pendapatan dan perbelanjaan keluarga anda yang memungkinkan anak-anak anda mengalami krisis kewangan selepas anda tidak lagi membawa pulang sumber pendapatan. Oleh itu, melindungi diri anda adalah lebih penting dari melindungi anak anak anda buat masa ini.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi/telefon/sms/emel saya. Terima kasih.. Wallahualam... :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan