Loading...
Custom Slideshows.

Jumaat, 16 Mac 2012

MILIKI TAKAFUL ANDA SEKARANG!




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kepada anda yang masih belum memiliki Takaful, saya bersedia membantu anda!!
Khidmat Rundingan adalah seperti :-

~ Jaminan Haji
~ Jaminan Pendidikan Anak
~ Jaminan Persaraan
~ Jaminan Pendapatan Keluarga
~ Jaminan Lunas Hutang
~ Jaminan Bil Perubatan Hospital
~ Jaminan Elaun Hospital
~ Dana Pampasan Kemalangan
~ Dana Penyakit Kritikal
~ Dan Banyak Lagi Manfaat Boleh Didapati Di Etiqa Takaful

KERATAN AKHBAR

10 anak penguat semangat
SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
4 Julai 2012
Mohd Nasir (dua,kiri) menyampaikan cek pampasan takaful Etiqa kepada Kasmani dan anakanaknya.
Mohd Nasir (dua,kiri) menyampaikan cek pampasan takaful Etiqa kepada Kasmani dan anakanaknya.
KUANTAN – “Harta yang paling bernilai yang ditinggalkan suami saya adalah sepuluh orang anak kami, walaupun dia tiada lagi, anak-anak penguat semangat saya untuk teruskan hidup,” kata Kasmani Abdul Ghani,40, yang kehilangan suami tercinta Januari lalu akibat kanser tulang.

Kasmani berkata, paling menyedihkan anak bongsunya, Nur Faqiera Azzahra, tiga bulan tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah kerana ketika suaminya, Mohd Osman Samsuri meninggal, anaknya itu masih dalam kandungan.


“Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan dan saya akan membesarkan kesemua anak-anak kami menjadi anak yang soleh yang berjaya di dunia dan akhirat sebagaimana pesanan arwah sebelum dia meninggal.


“Sebelum ini, arwah sering berpesan kepada saya agar menjaga anak-anak apabila dia tiada lagi dan itu amanat yang berat untuk saya tunaikan, namun anak-anak adalah penguat untuK tempuh hari-hari mendatang dengan tabah,” katanya yang tinggal di Taman Impianku, Jalan Sungai Lembing.


Menurutnya, dia kini habergantung kepada wang bantuan kebajikan dan insurans takaful arwah untuk perbelanjaan sekolah dan keperluan harian mereka anak beranak.


“Arwah suami saya dulu bekerja sebagai pemandu lori dan dialah yang bekerja keras selama ini membeli barang-barang keperluan dapur dan perbelanjaan anak-anak.


“Sukar untuk saya keluar bekerja memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian,”katanya.


Sementara itu, Kasmani bersyukur apabila mendapat pampasan Etiqa Takaful Berhad yang dicarum arwah suaminya pada tahun 2010 sebanyak RM36,366.81


“Duit ini saya akan gunakan untuk perbelanjaan belajar anak-anak memandangkan mereka masih lagi belajar dan saya berharap agar mereka boleh meneruskan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi sebagaimana harapan arwah ayah mereka,” katanya.


Sementara itu,hadir sama Pengarah Agensi Kumpulan Etiqa Takaful Berhad, Sazali Abd Khalid dan penasihat Etiqa Takaful Berhad, M’Lima Management, Mohd Nasir Abd Halim.


Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Sudah jatuh ditimpa tangga
Che Som buntu memikirkan nasib keluarganya selepas kehilangan tempat bergantung seminggu yang lalu apatah lagi anak keempatnya terlantar sakit.
MACHANG - Derita sebuah keluarga di sini semakin bertambah apabila hilang tempat bergantung selepas ketua keluarga mereka meninggal dunia seminggu lalu, di Kampung Berangan Mek Nab, di sini.

Ayah mereka, Zawawi Ismail, 47, meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan kencing manis selepas sebulan terlantar di hospital.


Ibu mereka, Che Som Che tengah, 40, berkata, dia terpaksa menjaga arwah suaminya di hospital sepanjang tempoh tersebut dan tidak dapat bekerja seperti biasa.


Katanya, selain suami, anak keempatnya, Mohd Akram, 13, turut terlantar akibat kemalangan jalan raya sebulan yang lalu.


“Sejak sebulan yang lalu, kami hanya bergantung hidup kepada duit simpanan yang tidak seberapa dan bantuan keluarga serta jiran-jiran.


“Selepas suami meninggal dunia, saya bercadang untuk kembali menoreh getah, memandangkan duit simpanan kami semakin berkurangan dan bergantung kepada duit bantuan yang dihulurkan keluarga dan jiran tetangga.


“Anak saya yang berada di tingkatan empat, terpaksa bercuti bagi menjaga adiknya yang sakit di hospital.


“Mohd Akram tidak dapat menguruskan dirinya memandangkan kedua kaki dan tangannya patah,” katanya.


Che Som berkata, dengan tiga anak yang masih bersekolah, dia terpaksa bertahan dan menempuh perjalanan lebih 20 kilometer sehari untuk mengambil upah menoreh getah di Kampung Pertok, Temangan.


Katanya, sebelum ini, dia menoreh getah bersama suaminya namun terpaksa bekerja keseorangan selepas ini.


“Saya benar-benar buntu dan terpaksa meminta anak ketiga saya menjaga adiknya biarpun dia masih bersekolah demi mencari sesuap nasi, biarpun menyedari kesan buruk kepada pelajarannya nanti.


“Saya tiada pilihan,” katanya.


Terputus punca rezeki

Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012

Terputus punca rezeki 

PADANG RENGAS - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran sebuah keluarga dari Kampung Pulai, Lubuk Merbau, di sini apabila punca pendapatan mereka terputus kerana masalah yang datang secara serentak.
Mokhter Ridi memerlukan jagaan sepenuhnya menyebabkan Faezah terpaksa membahagikan masa untuk menjaga suaminya dan anaknya

Sebelum ini, sumber pendapatan keluarga berkenaan bergantung hasil perniagaan kedai makan yang diusahakan, tetapi terpaksa ditutup berikutan ketua keluarga, Mohkter Ridi Ali, 56, mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan pada 18 April lalu. Lebih memburukkan keadaan, anaknya, Nor Fazela, 10, cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa hari selepas Mohkter Ridi dibedah.


Isterinya, Faizah Hanafiah, 40, berkata, suaminya memang sudah lama menghidap penyakit batu karang dalam hempedu, tetapi mereka sekeluarga masih boleh mencari rezeki bagi menampung kehidupan. Menurutnya, sebaik sahaja suaminya dibedah keadaannya amat lemah dan memerlukan jagaan sepenuhnya, ditambah pula musibah anaknya kemalangan menyebabkan keluarga mereka berdepan kesukaran.


“Sebelum ini kami masih mampu bergantung kepada hasil perniagaan kedai makan walaupun kadangkala terpaksa ditutup. “Agar sukar untuk menanggung enam anak kerana ada yang masih bersekolah serta paling kecil baru berusia setahun lebih,” katanya Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini. Kata Faizah, dalam kepayahan menguruskan suami, dia dikejutkan dengan kemalangan dua anak menyebabkan keadaan semakin sulit.
Jelasnya, pada 22 April lalu dua anaknya yang berusia 14 dan 10 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya serta salah seorang daripadanya cedera parah.


“Saya terpaksa menumpukan perhatian kepada suami dan anak yang kritikal di Hospital Ipoh menyebabkan perniagaan tidak dapat dijalankan. “Saya dan anak-anak lain bergilir untuk menjaga suami dan anak yang parah ditahan di hospital,” katanya.
Faizah berkata, insiden kemalangan itu turut memberi tekanan kepada suaminya yang masih lemah dan ditakuti mengganggu kesihatannya.


Katanya, dia kini bingung apabila terputus punca rezeki dan tidak tahu di mana harus mencari wang dalam situasi seperti ini. “Kami ada meminta bantuan ketua kampung dan dia ada membantu dengan membuat surat bagi mendapatkan bantuan pembiayaan kos pembedahan suami.
“Tidak tahu bila kami dapat membuka kedai, sedangkan kini masih belum stabil dan saya tidak tahu nak buat apa sekarang,” katanya.



Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2012
Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser
ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal menjalani kehidupan sukar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser pangkal rahim awal Januari lalu.
Masitah Md Isa, 44, disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas berlaku tumpah darah pada Oktober ­tahun lalu dan menjalani pemeriksaan ­susulan di Hospital Alor Gajah.
Menurutnya, pihak hospital mengesahkan dia menghidap fibroid sebelum ­diberi cuti berehat dan dirujuk pula ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan.
“Pihak Hospital Melaka mengesan ­fibroid yang ada dalam rahim saya sudah merebak menjadi kanser tahap kedua dan saya kemudiannya menerima rawatan ­susulan di Pusat Perubatan Mahkota ­untuk menjalani rawatan radioterapi serta kimoterapi. Sepanjang rawatan selama sebulan, saya masih mampu berjalan seperti biasa, namun segalanya menjadi lebih getir ­apabila bahagian alat sulit menjadi hitam seperti kesan terbakar dan buasir sejak ­seminggu lalu,” katanya yang sudah ­berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu.
Masitah yang bekerja di sebuah kilang di Tangga Batu dengan pendapatan kira-kira RM600 kini terpaksa menyara ibunya bersama tiga anak dan dua anak saudaranya.
“Anak kedua saya, Noratikah Baharudin, 19, akan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Simpang Ampat dan yuran pengajian masih tertunggak ­sebanyak RM800. Dalam keadaan saya sukar bergerak, masa lebih banyak dihabiskan terlantar di atas katil dan tidak mampu bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia ada mengikhtiarkan ­pelbagai cara untuk mengubati kesan ­rawatan radioterapi yang menimpanya akibat kanser rahim yang dihidapi, namun tiada sebarang perubahan.
“Seminggu lalu, saya menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan kanser yang dialami sudah tiada namun bimbang sekiranya ia merebak di bahagian dalam. Saya buntu dengan masalah yang berlaku dengan keadaan terlantar sakit, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Persekolahan anak-anak perlu diteruskan,” katanya.
Masitah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ­sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak keduanya yang sempat bekerja ­sementara menunggu pendaftaran pe­ngajiannya April ini.


Remaja lumpuh kemalangan 'dapat bantuan'
HABSAH ISMAIL
17 Mac 2012
Remaja lumpuh kemalangan 'dapat bantuan'
KOTA BHARU- Tidak seperti remaja lain yang ligat ke sana ke mari dengan aktiviti sosialnya, namun semua itu tidak lagi dilalui anak kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Shahril Ramle, 22.
Mohd Shahril terlibat kemalangan jalan raya setelah motosikal ditungganginya bertembung dengan motosikal kawannya di Kampung Chengal, Ketereh, di sini empat tahun lalu.
Akibatnya, dia mengalami nasib malang apabila kepalanya cedera teruk dan badannya pula lumpuh, hanya mampu terlantar di katil sahaja.
Bapanya yang juga pesara tentera, Ramle Ismail, 50-an berkata, anak lelakinya itu mengalami kemalangan jalan raya pada usia 19 tahun dan sekarang ini masih berada pada keadaan sama pada usia 22.
“Bayangkan selama empat tahun kami terpaksa menjaganya yang lumpuh, tidak boleh bercakap (seperti orang strok) dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja.
“Sekarang ini, kedua-dua tangannya berpelukan kejang dan setelah empat tahun buat fisioterapi, kekejangannya berkurangan, manakala kaki pula mengecil,” katanya yang kini menjadi pengawal keselamatan dan tinggal di Kampung Chengal, Ketereh, di sini.
Menganggap semua yang berlaku sebagai ujian dan Mohd Shahril adalah amanah Allah SWT, keluarga berkenaan bergilir-gilir menjaga remaja istimewa itu bersama isteri dan anak-anak yang lain.
“Saya mempunyai enam anak dan kini sudah bersara dengan ATM, sudah lama saya mengimpikan untuk membeli katil dan tilam hospital untuk keselesaan Mohd Shahril,” katanya.
Mujur ada yang membantu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM mengambil langkah prihatin dengan menyumbangkan katil dan tilam hospital serta kerusi roda dengan kos kira-kira RM2,000 di bawah Skim Bantuan Kebajikan JHEV.
Timbalan ketua Pengarah JHEV, Mohd Fauzi Eshak semasa lawatan kebajikan ke rumah keluarga tersebut berkata, keluarga berkenaan masih perlu dibantu dalam apa jua bentuk sumbangan.
“Dengan nasib yang menimpa Mohd Shahril, masyarakat perlu membantu keluarga ini memandangkan ahli keluarga yang ramai dan masih bersekolah,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawat Mohd Shahril dan keluarga di Lot 1255, Kampung Chengal, Ketereh, di sini atau menghubungi talian 014-8222115 (Ramle).

 
Hanya bergantung pencen
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
Pencen
SRI AMAN - Penyakit angin ahmar yang dihidapi seorang bekas tentera, Mohd Asri Mohd Arif, 42, semenjak enam bulan lalu menghalangnya daripada bekerja.
Dia yang mempunyai tiga orang anak berumur 18 hingga 10 tahun itu, kini hanya mengharapkan pencen yang tidak seberapa untuk meneruskan hidup.
“Jika sebelum ini saya bekerja sendiri dengan melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan mendapat upah, tetapi semenjak diserang angin ahmar pada anggota badan sebelah kiri, saya hanya mampu duduk di rumah sahaja.
“Sekarang ini isteri terpaksa mengurus keperluan saya berikutan tidak mampu bergerak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semasa lawatan yang diadakan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) semalam.
Hadir semasa pada lawatan tersebut Naib Yang Dipertua PBTM Kelantan, Ibrahim Konok dan PBTM Cawangan Selising. Mohd Asri berkata, semenjak dia tidak dapat bekerja mereka sekeluarga terpaksa berjimat. Dia berkata, bukan isterinya tidak mahu bekerja, tetapi dia perlu menguruskan Mohd Asri dan anak-anak yang masih kecil. “Bagaimanapun saya berterima kasih kepada PBTM kerana sudi datang bertanya khabar dan menghulurkan bantuan.“Sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan bebanan keluarga,” katanya.Sementara itu, Ibrahim berkata, pihaknya berharap ada pihak lain yang melibatkan tentera tampil membantu bekas tentera yang memerlukan bantuan.Beliau berkata, jangan mengharapkan PBTM sepenuhnya untuk membantu mereka, kerana banyak lagi pihak yang sepatutnya tampil tetapi tidak berbuat demikian.


Lumpuh selepas kemalangan
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2012
Lumpuh selepas kemalangan
SERTING HILIR - Anak kedua daripada lima beradik, di sini redha apabila hidupnya berubah selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran­ Sungai Sampoo 13 tahun lalu.
Selepas kejadian itu, Razali Buyung Ahmad, 34, hanya mampu terlantar di atas katil kerana lumpuh seluruh badan.
Kakaknya, Siti Saparrizah Ahmad, 36, berkata­, memang sedih apabila melihat keadaan adiknya itu.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa kawannya dan bertembung dengan lembu.
“Selepas itu, doktor sahkan dia lumpuh. Walaupun sedih dengan keadaannya sekarang, namun kami redha dengan ketentuan-Nya. Kadangkala saya bawa dia jalan-jalan sekitar kawasan rumah dengan kerusi roda, sekurang-kurangnya tidaklah baring sahaja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya sempena program Walkabout Gerak Gempur Pemuda Jempol dekat Gugusan Felda Serting Hilir, kelmarin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman dan Ketua Umno Cawangan Felda Serting Hilir 4, Muhammad Ismail.
Razali adalah salah seorang daripada 40 penerima sumbangan sempena program itu.
Sementara itu, setiausaha program, Asfarudin Ramli berkata, program itu turut disertai 120 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal.
“Kerjasama yang diberikan Pemuda Umno sememangnya tidak berbelah bahagi, malah tidak ada masalah untuk mengumpulkan mereka. Selepas ini, kita akan anjurkan satu program khas untuk belia iaitu Pentas pemuda (debat) yang dijangka bermula pada April ini,” katanya.


Derita hidap sakit jantung
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Bantuan
BAYAN LEPAS – Seorang bekas pemandu lori yang menghidap penyakit jantung di Kampung Permatang Tepi Laut, di sini memohon bantuan membiayai kos rawatan susulan untuknya bagi mendapatkan rawatan setiap tiga bulan sekali di Institut Jantung Negara (IJN).

Hamizan Abu Bakar, 35, berkata, penyakit yang mula dikesan empat tahun lalu itu semakin kronik sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani prosedur pemasangan penjana denyut nadi (pacemaker) pada tahun 2009.

“Kos rawatan mencecah RM50,000 dibiayai Yayasan IJN, manakala saya hanya perlu menanggung kos rawatan susulan yang perlu dilalui sehingga akhir hayat. Kira-kira RM1,000 digunakan setiap kali rawatan dan saya dan isteri akan menaiki bas untuk ke IJN di Kuala Lumpur.
“Perbelanjaan untuk menampung kos pergi balik ditambah pendapatan isteri yang hanya bekerja sebagai operator pengeluaran membuatkan kehidupan kami agak sukar buat masa ini,” katanya.
Dia berkata demikian semasa kunjungan Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Norman Zahalan dan dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Bayan Baru, Rosesarwandi Saad@Yaacob ke rumahnya, semalam.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga anak berusia antara dua hingga lapan tahun ini berkata, pencen ilat dan Wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diterima kira-kira RM400 setiap bulan tidak mencukupi menanggung kehidupan mereka sekeluarga.
Menurutnya, pendapatan isteri juga tidak menentu dan setakat ini, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimohonnya tidak berjaya kerana dia tidak layak untuk diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya (OKU). “Walau bagaimanapun, anak saya menerima bantuan persekolahan JKM sebanyak RM100 sebulan. “Selain itu, rakan rapat jadi tempat mengadu untuk saya meminjam wang agar hidup dapat diteruskan,” katanya. Hamizan sekeluarga yang berharap agar ada insan prihatin yang sudi membantunya.
Katanya, dia dan ibunya berniaga makanan ringan kecil-kecilan untuk meningkatkan pendapatan.
“Pulangannya sedikit, tetapi dapat juga menampung keperluan kami,” katanya. Sementara itu, Norman berkata, pihaknya akan membantu mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan Hamizan yang akan ke IJN pada 19 Mac ini. “Kami akan bantu memastikan sumber kewangan diperolehnya dan buat permulaan, RM500 diberikan dahulu padanya dan selebihnya akan dibincangkan kemudian.
“Saya berharap orang ramai akan turut sama membantu meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya.
Bagi yang berminat untuk menderma, salurkannya melalui akaun Maybank 107135179581 di bawah nama Hamizan Abu Bakar.



Wan Arif: 'Mama, tolong doakan abang'

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.37307.1333498111!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
ROSDALILAH ZAHARI
4 April 2012
IPOH - “Mama... ini dugaan untuk abang. Mama jangan bimbang. Mama cuma doakan abang supaya cepat sembuh dan boleh bermain dengan kawan-kawan macam biasa.” Walaupun baru berusia lapan tahun, si kecil memahami situasi pe­ra­­­saan dilalui ibunya. Malah dia masih mampu tampil ceria. Wajah manisnya yang gemar mengorak senyum, menutup segala derita dilaluinya.Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, dari Kampung Sentang, Batu Gajah, dekat Ipoh bukan menderita sakit biasa. Anak kecil itu disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.Wan Arif Ferdaus, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad menghidap kanser di bahagian kaki kiri dan memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemin­dahan tulang titanium.Kanak-kanak ini juga berharap cepat sembuh agar cita-citanya sebagai angkasawan dapat dicapai. Bertemu ibunya, Zetty Ramli, 28, merungkai cerita detik permulaan bagaimana penyakit anaknya itu mula dikesan. Sinar Harian bertemunya di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak yang hadir untuk meminta bantuan daripada Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah.“Ia bermula pada Februari tahun lalu selepas Wan Arif Ferdaus terjatuh ketika bermain di sekitar rumah kemudian mengadu sakit kaki kiri.“Bermula dari insiden itu, Wan Arif Ferdaus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemerik­saan lanjut.“Pemeriksaan awal menyatakan anak saya hanya mengalami bengkak biasa, malah ia dikatakan selalu terjadi ke atas kanak-kanak sebaya dengannya.“Namun dua bulan kemudian, anak saya kembali sakit dan sekali lagi dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan tetapi penyakitnya masih belum dapat dikesan sepenuhnya,” ceritanya. Ibu kepada tiga anak itu berkata, setiap malam anak sulungnya pasti mengadu sakit hingga tidak dapat tidur.“Kami akhirnya membuat keputusan untuk membawa anak kami menjalankan pemeriksaan di Hospital Pantai dengan meminjam wang daripada ahli keluarga.“Selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray, doktor mengesahkan ada sesuatu yang tidak normal pada kaki anak kami,” katanya.Tambahnya, keputusan itu dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ujian biopsi mengesahkan Wan Arif Ferdaus mengidap kanser tulang tahap dua.Pada 26 Mac lalu, kanser Wan Arif Ferdaus sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dijalankan segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini.“Kata doktor, peluang untuk anak kami sembuh hanya 40 peratus,” katanya yang turut membawa anaknya menjalani rawatan tradisional.Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob, 33, yang hanya bekerja kilang berterus-terang dia tidak mampu untuk menampung kos pembedahan tersebut.“Setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk rawatan anak kami dengan bantuan yang disumbangkan ahli keluarga serta rakan-rakan sekerja.“Saya turut mencuba nasib meminta bantuan beberapa pihak tertentu, namun tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan,” katanya yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan.Menurutnya, anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dan akan menjalani rawatan seterusnya pada 16 April ini.Sementara itu, Mohd Rawi berkata, pihaknya akan cuba memohon bantuan daripada orang ramai mahupun badan korporat untuk mendapatkan dana bagi membantu menampung kos pembedahan kanak-kanak tersebut.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob 158015114461 atau menghubungi talian 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rabu, 14 Mac 2012

CONTOH PENGIRAAN & MANFAAT


Pelan eTiQa Takaful INTELEK

Bagi pelan pendidikan ini berkonsep 2 dalam 1

skim perlindungan dan menjamin simpanan pendidikan untuk anak.
Bentuk simpanan boleh dikeluarkan awal jika memerlukan wang untuk kecemasan.

Jika anda ingin menyumbang berjumlah RM100
Sumbangan Bulanan RM100 sebulan X 20 tahun

Manfaat untuk anak:

Khairat kematian hilang upaya kekal = RM80k - RM100k

Manfaat penyakit kritikal = RM15k (36 penyakit kritikal)

Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM25k - RM35k

Sumbangan adalah fleksible jika peserta inginkan manfaat hospital (bukan kos rawatan) untuk anak

Kelebihan yang di tawarkan di dalam pelan eTiQa Intelek ini :

Manfaat anugerah intelek untuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan ini boleh digunakan sebagai motivasi anak-anak anda untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

Sekiranya si pembayar (ayah@ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang. Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Intelek ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada juga pelan simpanan untuk individu.

* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.


Pelan eTiQa Takaful HARMONI
 Berikut adalah contoh manfaat bagi tempoh 25 tahun :
Umur: 28 Tahun
Jantina: LELAKI
Sumbangan Bulanan: RM150 sebulan

Penerangan pelan:

Manfaat khairat kematian @ hilang upaya kekal = RM80k - RM100k

Jumlah simpanan selepas 25 tahun = RM50k - RM55k
(Kadar mudharabah 5.5%.setahun. Kadar ini akan meningkat berubah setiap tahun.)

Manfaat idemniti akibat kemalangan = RM15k bergantung kepada tahap kecederaan (keilatan kekal)

Manfaat penyakit kritikal = RM15k (36 penyakit kritikal)

Manfaat hospital = RM100.sehari. Contohnya, kalau masuk wad 3 hari dapat RM300. (Minimum 6 jam ke atas jika masuk wad)

Caruman menjadi percuma sekiranya peserta mengalami sakit kritikal sehingga tempoh matang dan tidak menjejaskan simpanan peserta.


Pelan eTiQa Takaful Karisma
Berikut adalah contoh manfaat bagi tempoh 30 tahun :
Umur: 25 Tahun
Jantina: LELAKI
Sumbangan Bulanan: RM200

Penerangan pelan:

Manfaat khairat kematian @ hilang upaya kekal = RM15K - RM82K

Jumlah simpanan selepas tempoh matang 30 tahun = RM40K-70K
(Anggaran kadar mudharabah 5.5% selepas ditolak zakat)

Manfaat Tunai Setiap 2 Tahun :
Tahun 1-10    = RM 752    X 5    = RM 3,760.00
Tahun 11-20  = RM 1,127 X 5    = RM 5,635.00
Tahun 21-30  = RM 1,503 X 5    = RM 7,515.00
JUMLAH KESELURUHAN TUNAI DIBERI    = RM 16,910.00

Manfaat idemniti akibat kemalangan = RM25K bergantung kepada tahap kecederaan (keilatan)

Manfaat penyakit kritikal = RM20K (Rujuk 36 penyakit kritikal)

Manfaat hospital = RM150/sehari. (Minimum 6 jam ke atas jika masuk wad)

Caruman menjadi percuma sekiranya peserta mengalami sakit kritikal sehingga tempoh matang dan tidak menjejaskan simpanan peserta.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI /SMS 017-3005049 (AYU)

APA KEPENTINGAN TAKAFUL


Di Malaysia kita didedahkan dengan segala macam maklumat supaya kita dapat memilih yang mana satu Ok bagi kita yang beragama Islam. Kewangan Islam. Satu KEWAJIPAN bukan satu PILIHAN Takaful Keluarga adalah altenatif kepada Insuran Konvensional. Pilihan yang membebaskan anda dari rasa kurang yakin, ketenangan dan yang paling penting adalah pampasan yang bakal waris anda terima adalah HALAL. Dengan pelbagai pelan Takaful Keluarga dari berbilang syarikat sebenarnya anda mampu membuat pilihan yang tepat. Pilihan yang boleh menjamin diri anda keluarga anda.

Siapa sebenarnya yang memerlukan Takaful Keluarga? 

Setiap insan yang bernyawa memerlukan perlindungan takaful keluarga. Samada ia miskin atau kaya ia tetap memerlukan perlindungan Takaful Keluarga

Jika anda menyimpan RM100.00 didalam poket anda, adakah esok ia akan menjadi RM200.00? sudah pasti tidak. Jika anda membuka akaun dengan syarikat takaful dengan RM100.00 InsyaAllah ia tetap akan menjadi puluhan ribu pada esok hari.

Apa kesan kepada keluarga anda, jika anda tidak mempunyai skim perlindungan Takaful Keluarga?

Mungkin anda tidak akan merasa apa apa kesan kerana pada ketika itu anda sudah  tidak bernyawa lagi. Tetapi, bagi mereka yang masih hidup. Mereka terpaksa meneruskan kehidupan tanpa insan yang tersayang sudah pasti akan ditimpa musibah dengan hutang yang anda tinggalkan, komitmen yang belum dilangsaikan...

Kenapa saya bukan anak-anak saya?

Didalam keluarga anda siapa sebenarnya yang mencari sumber pendapatan? Anda atau anak-anak anda? Jika sesuatu terjadi kepada anda, adakah anak-anak anda boleh mengambil alih jawatan anda? gaji anda dan tanggungjawab anda selama ini? Sudah pasti tidak. Oleh itu, melindungi diri anda adalah sangat penting. Tapi, masih ramai yang membeli polisi Insuran atau Takaful untuk anak-anak mereka sahaja berbanding diri mereka sendiri. Tindakan ini adalah kurang tepat. Anda sepatutnya melindungi diri anda dahulu sebelum melanjutkan kepada anak anak anda Dengan demikian secara lansung akan memberi kesan ke atas corak pendapatan dan perbelanjaan keluarga anda yang memungkinkan anak-anak anda mengalami krisis kewangan selepas anda tidak lagi membawa pulang sumber pendapatan. Oleh itu, melindungi diri anda adalah lebih penting dari melindungi anak anak anda buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi/telefon/sms/emel saya. Terima kasih.. Wallahualam... :D

Jumaat, 9 Mac 2012

BANYAK MANFAAT DENGAN ETIQA TAKAFUL


FATWA DARI JAKIM

 
Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional 
Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.


Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.


Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
 
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


Menurut para ulama’, khususnya Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syeikh Yusuf Al-Qardawi, sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Setiap peserta yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhwah. Sebahagian daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

ii. Apabila wang sumbangan itu diperniagakan, hendaklah mengikut syarak contohnya melabur dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.

iii. Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan untuk mendapat pampasan yang berlipat ganda apabila terjadi musibah tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan bersama.

iv. Konsep tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan itu,haram hukumnya ditarik kembali. Sekiranya terjadi sesuatu peristiwa, haruslah diselesaikan menurut syarak.