Insurans PENIPU!!!! Nak jual insurans punya la bagus, bila nak
claim, macam-macam hal! Kenyataan
NEGATIF yang biasa saya dengar apabila memperkenalkan diri saya. Tapi ALHAMDULILLAH,
kini senario telah berubah sedikit apabila masyarakat nampaknya semakin positif
dan mula sedar kepentingan serta keperluan mempunyai takaful. Berdasarkan
pengalaman saya, memang tidak dinafikan pernah berlaku di mana client tidak
dapat membuat tuntutan/claim. Apabila berlaku perkara sebegini, mereka rasa
tertipu dan seterusnya hilang kepercayaan terhadap takaful. Oleh kerana itu,
saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian MENGAPA PEMEGANG POLISI GAGAL MEMBUAT
TUNTUTAN/CLAIM.
5
sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/
ditanggung oleh pihak insuran/takaful :
1. POLISI 'LAPSED'
Polisi 'lapsed' ini bermaksud,
polisi tidak berkuatkuasa kerana tiada bayaran dibuat kepada pengendali takaful
pada tarikh ataupun jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya perkara ini berlaku,
pihak takaful tidak akan membayar segala tuntutan yang dibuat. Perkara ini
semua orang tahu tetapi disebabkan tabiat kita yang gemar mengambil mudah dan
suka bertangguh menyebabkan polisi menjadi 'lapsed'. Seperkara lagi, apabila
polisi dah 'lapsed', walaupun kita sambung semula bayaran, waktu menunggu untuk
polisi berkuatkuasa semula adalah 30 hari. Andaikata sesuatu berlaku antara
waktu menunggu tersebut, besar kemungkinan tuntutan anda ditolak atau tidak
diluluskan.
2. MANFAAT/RIDER TIADA DALAM JADUAL POLISI
Ramai
yang beranggapan apabila mereka mempunyai polisi takaful dan dengar agen cakap
"SEMUA COVER", mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh
polisi yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan
membuat semakan terperinci serta memahami apa yang terkandung dalam polisi.
Apabila berlaku musibah dan tidak dapat membuat tuntutan, client terus marah
dan menuduh agen dan pengendali takaful sebagai penipu. Agen juga
bertanggungjawab untuk memberi penerangan terperinci kepada client dan sebagai
pemegang polisi, anda perlu memahami apa yang terkandung dalam jadual polisi
anda. Sebagai contoh, kebanyakan polisi yang dimiliki orang ramai adalah jenis
takaful hayat termasuk simpanan, elaun hospital dan penyakit kritikal. Apabila
ditanya mengenai Medical Card, dengan penuh yakin mereka berkata "Saya Dah
Ada", tetapi apabila diminta untuk menunjukkan Medical Card, mereka
berkata "Semuanya ada dalam polisi". Untuk makluman anda polisi yang
ada manfaat Medical Card, mesti disertakan dengan kad seperti ini :
Manfaat
Medical Card sila ke : http://etiqatakafulfirayu.blogspot.com/p/medic-card.html
Jadi,
kesimpulannya, jika tiada manfaat dalam polisi, memang tak boleh nak
claim/tuntut.
3. GAGAL MENGISTIHARKAN PENYAKIT SEDIA ADA
Kegagalan client mengistiharkan
tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh
syarikat takaful. Sebagai contoh client pernah menjalani pembedahan akibat
penyakit jantung, tetapi semasa membeli polisi beliau tidak mengistiharkan
penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang
sama, pihak insuran/ takaful tidak akan membayar bil tersebut.
4. PERLINDUNGAN BELUM
BERMULA
Setiap insuran/takaful mempunyai
tempoh menunggu (waiting Period) , dimana sekiranya dalam tempoh menunggu ini
client disahkan menghidap penyakit kritikal, client tidak akan dilindungi.
Waiting period ini selalunya adalah 120 hari. Diantara penyakit yang dilindungi
selepas tempoh 120 hari ini ialah hypertension, tumours, cancer dan juga cyst.
5. PENGGUNAAN
MANFAAT/RIDER TELAH MELEBIHI HAD YANG DITETAPKAN
Sebagai contoh had tahunan bagi
setiap polisi hospital & pembedahan adalah RM 50,000 dan had seumur hidup
adalah RM 500,000. Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa
membayar RM 20,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insuran/takaful
hanya membayar RM50,000 sahaja. Client juga perlu peka dengan
co-insuran/co-takaful yang terpaksa ditanggung oleh client, dimana ada syarikat
memerlukan client membayar 10% dari jumlah bil yang sebenar.
Renungan :-
Syarikat insurans
terikat dengan Akta Insurans 1996 dan dan begitu juga dengan syarikat takaful
dibawah akta 1984 yang mana dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Jadi bukan
mudah untuk syarikat insurans atau takaful tidak mahu membayar tuntutan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan