Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 15 Februari 2012

MENGAPA TIDAK DAPAT BUAT TUNTUTAN TAKAFUL?


Insurans PENIPU!!!! Nak jual insurans punya la bagus, bila nak claim, macam-macam hal! Kenyataan NEGATIF yang biasa saya dengar apabila memperkenalkan diri saya. Tapi ALHAMDULILLAH, kini senario telah berubah sedikit apabila masyarakat nampaknya semakin positif dan mula sedar kepentingan serta keperluan mempunyai takaful. Berdasarkan pengalaman saya, memang tidak dinafikan pernah berlaku di mana client tidak dapat membuat tuntutan/claim. Apabila berlaku perkara sebegini, mereka rasa tertipu dan seterusnya hilang kepercayaan terhadap takaful. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian MENGAPA PEMEGANG POLISI GAGAL MEMBUAT TUNTUTAN/CLAIM.

5 sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/ ditanggung oleh pihak insuran/takaful :

1. POLISI 'LAPSED'
Polisi 'lapsed' ini bermaksud, polisi tidak berkuatkuasa kerana tiada bayaran dibuat kepada pengendali takaful pada tarikh ataupun jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya perkara ini berlaku, pihak takaful tidak akan membayar segala tuntutan yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu tetapi disebabkan tabiat kita yang gemar mengambil mudah dan suka bertangguh menyebabkan polisi menjadi 'lapsed'. Seperkara lagi, apabila polisi dah 'lapsed', walaupun kita sambung semula bayaran, waktu menunggu untuk polisi berkuatkuasa semula adalah 30 hari. Andaikata sesuatu berlaku antara waktu menunggu tersebut, besar kemungkinan tuntutan anda ditolak atau tidak diluluskan.

2. MANFAAT/RIDER TIADA DALAM JADUAL POLISI
Ramai yang beranggapan apabila mereka mempunyai polisi takaful dan dengar agen cakap "SEMUA COVER", mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh polisi yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan membuat semakan terperinci serta memahami apa yang terkandung dalam polisi. Apabila berlaku musibah dan tidak dapat membuat tuntutan, client terus marah dan menuduh agen dan pengendali takaful sebagai penipu. Agen juga bertanggungjawab untuk memberi penerangan terperinci kepada client dan sebagai pemegang polisi, anda perlu memahami apa yang terkandung dalam jadual polisi anda. Sebagai contoh, kebanyakan polisi yang dimiliki orang ramai adalah jenis takaful hayat termasuk simpanan, elaun hospital dan penyakit kritikal. Apabila ditanya mengenai Medical Card, dengan penuh yakin mereka berkata "Saya Dah Ada", tetapi apabila diminta untuk menunjukkan Medical Card, mereka berkata "Semuanya ada dalam polisi". Untuk makluman anda polisi yang ada manfaat Medical Card, mesti disertakan dengan kad seperti ini :




Jadi, kesimpulannya, jika tiada manfaat dalam polisi, memang tak boleh nak claim/tuntut.

3. GAGAL MENGISTIHARKAN PENYAKIT SEDIA ADA

Kegagalan client mengistiharkan tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh syarikat takaful. Sebagai contoh client pernah menjalani pembedahan akibat penyakit jantung, tetapi semasa membeli polisi beliau tidak mengistiharkan penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang sama, pihak insuran/ takaful tidak akan membayar bil tersebut.

4. PERLINDUNGAN BELUM BERMULA

Setiap insuran/takaful mempunyai tempoh menunggu (waiting Period) , dimana sekiranya dalam tempoh menunggu ini client disahkan menghidap penyakit kritikal, client tidak akan dilindungi. Waiting period ini selalunya adalah 120 hari. Diantara penyakit yang dilindungi selepas tempoh 120 hari ini ialah hypertension, tumours, cancer dan juga cyst.

5. PENGGUNAAN MANFAAT/RIDER TELAH MELEBIHI HAD YANG DITETAPKAN

Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi hospital & pembedahan adalah RM 50,000 dan had seumur hidup adalah RM 500,000. Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa membayar RM 20,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insuran/takaful hanya membayar RM50,000 sahaja. Client juga perlu peka dengan co-insuran/co-takaful yang terpaksa ditanggung oleh client, dimana ada syarikat memerlukan client membayar 10% dari jumlah bil yang sebenar.


Renungan :-
Syarikat insurans terikat dengan Akta Insurans 1996 dan dan begitu juga dengan syarikat takaful dibawah akta 1984 yang mana dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Jadi bukan mudah untuk syarikat insurans atau takaful tidak mahu membayar tuntutan anda.

Isnin, 13 Februari 2012

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA




INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA :-

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.

1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Rabu, 1 Februari 2012

TAKAFUL VS INSURANS KONVENSIONAL








Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.


Keterangan/Hujah:

1.Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.

2.Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.

3.Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
” ما حرم أخذه حرم إعطأوه ”

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.


4.Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.

5.Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.

6.Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.

7.Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.

8.Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.

9.Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Khairat Kematian

Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan Khairat Kematian. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

1.Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2.Mengandungi unsur judi.
3.Mengandungi muamalah riba.