Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 11 April 2012

KELEBIHAN TAKAFUL DAN KEBAIKAN SSPN

HUBUNGI AYU : 0173005049

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini saya ingin berkongsi tentang manfaat simpanan pendidikan untuk anak-anak anda dan betapa ruginya jika kita masih tidak ambil kisah untuk membuat simpanan/tabungan mereka.

Mari kita renungkan sejenak :
"Tahukah anda anggaran kos pendidikan 15 tahun akan datang?! Katakanlah dalam tempoh itu (15 tahun) anda memerlukan RM40k untuk pendidikan anak kesayangan anda, Maka anda perlu menyimpan RM200/sebulan tanpa henti. Sekiranya berlaku musibah pada anda, anak anda tadi hanya mendapat apa yang telah anda simpan sahaja. Akan tetapi, dengan menyimpan di eTiQa Takaful, anak anda pasti mendapat RM40k untuk memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian, buku, yuran pengajian dan sebagainya. INSYAALLAH...

Sebagai seorang ibu atau bapa, kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu  masa depan mereka untuk mendapat kehidupan yang baik dan sempurna.

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak-anak?. Atau kita masih mengharapkan bantuan kerajaan menerusi biasiswa/pinjaman pendidikan. Harus diingat! Kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman disebabkan kekurangan dana pada masa akan datang. Jadi pada masa hadapan, hanya orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan ini.

Trend masa kini pelajar ke IPTA/IPTS adalah semakin meningkat. Sudah tentu persaingan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan akan meningkat. Bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan, sudah tentu mereka ini akan tercicir walaupun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk memasuki universiti. Ditambah pula dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sudah tentu ramai yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan yang cukup untuk membiayai kos pembelajaran dan sara hidup di universiti.

Jadi sebagai ibubapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak, perancangan harus dimulakan bagi mewujudkan satu tabungan khas bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak. Ketika ini terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan ini. Antaranya ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Pelan simpanan pendidikan dan perlindungan yang diwujudkan oleh pengendali takaful di Malaysia dan di institusi kewangan yang lain.

Simpanan melalui bank-bank biasa kurang praktikal kerana manfaat yang diperoleh dari segi pulangan keuntungan atau faedah amat rendah jika dibandingkan menyimpan di SSPN atau melalui skim takaful pendidikan. Kadar faedah atau keuntungan yang ditawarkan oleh SSPN adalah lebih tinggi sekitar 3-4% berbanding simpanan di akaun simpanan biasa bank. Manakala simpanan menerusi skim takaful tidak kurang menariknya. Saya mengambil pelan yang ditawarkan eTiQa Takaful sebagai contoh. Caruman/Simpanan minima yang perlu dibuat oleh ibubapa adalah serendah RM100/sebulan sahaja. Dengan caruman RM100 sebulan, anak anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti pampasan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, elaun harian hospital, manfaat perlindungan penyakit kritikal khas kanak-kanak. Yang paling menarik adalah jika pembayar sama ada ibu, bapa atau penjaga mengalami penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia, caruman bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh eTiQa Takaful sehingga tempoh matang simpanan. Jadi, dana kewangan pendidikan anak anda adalah terjamin meskipun berlaku musibah terhadap ibu, bapa atau penjaga, malah kadar keuntungan mudharabah adalah tinggi sekitar 5-6%.

Sebagai kesimpulan, pendidikan anak-anak amat penting bagi menentukan masa depan mereka. Kita sebagai ibu-bapa patut mengambil inisiatif mewujudkan tabungan pendidikan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak. Pelbagai saluran tersedia sama ada menerusi SSPN, Takaful dan sebagainya. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak.

Selasa, 10 April 2012

10% SIMPANAN MELINDUNGI 100% PENDAPATAN


SIMPANAN 10% DAPAT MELINDUNGI 100% PENDAPATAN ANDA

PERUMPAMAAN SEPERTI "BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN" & "SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT" SUDAH SINONIM & SEBATI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT DI MALAYSIA. KITA SERINGKALI DINASIHATI DAN DI DIDIK SUPAYA MENYIMPAN & MENABUNG SEJAK DARI KECIL LAGI.

PELBAGAI INSTITUSI PERBANKAN DAN KEWANGAN YANG BOLEH KITA PILIH SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MEMBUAT SIMPANAN, TABUNGAN ATAUPUN PELABURAN. YANG MENJADI PERSOALANNYA, APAKAH CARA DAN TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT SIMPANAN?

PILIHAN ANDA?

1) SIMPAN 10% GAJI DI ASB
20 TAHUN SIMPANAN DI ASB, ANDA AKAN MENDAPAT PULANGAN YANG SANGAT BESAR MELALUI FAEDAHNYA.

2) SIMPAN 10 GAJI DI INSTITUSI KEWANGAN/PERBANKAN
20 TAHUN SIMPANAN DI BANK JUGA ANDA MENDAPAT PULANGAN YANG BANYAK MELALUI FAEDAH DAN BONUSNYA.

3) SIMPAN 10% GAJI DI RUMAH/TABUNG
20 TAHUN SIMPANAN, TIADA SEBARANG PULANGAN, HANYA JUMLAH YANG DISIMPAN SAHAJA KITA DAPAT.
PERSOALANNYA, ADAKAH SIMPANAN DI ASB/INSTITUSI KEWANGAN/BANK MEMBERI JAMINAN SIMPANAN KITA AKAN BERTERUSAN SETIAP BULAN SEHINGGA 20-30 TAHUN AKAN DATANG? JAWAPANNYA, YA, SEKIRANYA KITA MASIH MAMPU BEKERJA DAN SIHAT TUBUH BADAN SEPANJANG 20-30 TAHUN TERSEBUT. SEANDAINYA DITIMPA MUSIBAH SEPERTI SAKIT/LUMPUH/HILANG UPAYA/KEMALANGAN/KEMATIAN,
MASIHKAH KITA DAPAT MENGEKALKAN SIMPANAN 10% DARIPADA GAJI KITA?

  • 80% PESAKIT KANSER TIDAK MENGETAHUI MEREKA MENGHIDAPI KANSER SEHINGGA STAGE 4 (LAST STAGE)...
  • SERANGAN STROKE YANG MENGAKIBATKAN HILANG UPAYA KEKAL KIAN MENINGKAT SABAN HARI...
  • KEMALANGAN JALANRAYA HAMPIR SETIAP HARI TERPAMPANG DI MEDIA
SEMUANYA ADALAH PERKARA YANG TELAH BIASA DIDENGARI DAN DILIHAT PADA HARI INI, CUMA KITA MASIH TIDAK MENYEDARI DAN TIDAK TAHU BILA TIBA MASANYA MUSIBAH BOLEH MENIMPA DIRI KITA...

MULAKAN LANGKAH ANDA HARI INI... SEBELUM TERLAMBAT... HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT... 0173005049 (AYU).