Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 15 Oktober 2014

POST MORTEM / BEDAH SIASAT

Anda tidak layak membuat tuntutan jika berlaku kematian 
terhadap pemegang polisi kerana INSURANS KONVENSIONAL 
MEWAJIBKAN POST MORTEM (BEDAH SIASAT) ke atas si mati.
Ini TIDAK BERLAKU dalam TAKAFUL kerana post mortem adalah 
menyeksa mayat dan bertentangan dengan hukum syarak.

Dengan takaful post mortem tidak perlu. Waris atau keluarga still kena bawa arwah ke hospital untuk dapatkan Medical Attendance Report beserta dengan sijil kematian dan juga polis report, waris sudah boleh buat tuntutan kematian. Jika ade perbelanjaan pengebumian, agen akan mohon sijil kematian untuk perbelanjaan pengebumian dan biasanya dapat dalam tempoh 24 jam atau seminggu waktu bekerja. InsyaAllah.

Apa yang saya jelaskan di atas jika kematian secara biasa/mengejut. Jika meninggal akibat kemalangan, secara umumnya mesti kena buat post mortem tidak kira ambil Takaful atau Insurans Konvensional. Sudah jadi SOP (Standard Of Procedure) oleh pihak hospital.

Moga pencerahan saya dapat memberikan informasi kepada anda...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali   Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984 telah membincangkan Post-Mortem Mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.

Tiada ulasan: