Loading...
Custom Slideshows.

Jumaat, 17 Oktober 2014

BERHIJRAHLAH KEPADA TAKAFUL


Antara komen segelintir masyarakat apabila berdepan dengan isu babi & riba.
Babi – “tidak boleh, haram, jijik, mencabar sesitiviti umat Islam!”
Riba – “hmmm, sikit sahaja, tidak mengapa, orang tidak perasan pun, sama sahaja konvensional dengan Islamik, sama sahaja insurans dengan takaful.”
Walhal sebenarnya, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi. Jika kita jijik melihat babi serta sebarang perkara dikaitkan dengan babi, samalah juga hendaknya apabila kita semua melihat perkara dalam keadaan riba dan melibatkan sebarang elemen riba.
Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?
Yang perlu dilakukan sekarang tidak lain tidak bukan ialah hijrah!
Ya, hijrah dan berubah sekarang sebelum ajal menemui kita dan bertaubat serta menyesali dosa-dosa riba yang pernah kita terlibat selama ini. Mudah mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa sebelum ini.
Di Malaysia, terdapat lebih 30 institusi perbankan Islam dan takaful di Malaysia hari ini. Jadi tidak ada lagi alasan untuk kita memilih perbankan konvensional dan insurans riba.
Ubah sekarang sebelum terlambat!

1 ulasan:

ST berkata...

Mantap betul ..