Loading...
Custom Slideshows.

Khamis, 18 Disember 2014

PELAN PELABURAN TAKAFUL

PELAN PELABURAN TAKAFUL

1.    Peserta perlu menyertai pelan Investment Link dan sertakan rider medical card bersama. Investment link memiliki Unit Deducting Rider di mana kenaikan harga Medical Card tadi ditampung oleh keuntungan pelaburan. Justeru peserta enjoy the same contribution all the time. Sesetengah ejen kata medical card ni tak akan naik harga atau percuma.

2.     Manfaat Takaful/ Insurans yang TIDAK LAYAK dilindungi PIDM :

-         Sijil takaful dan polisi insurans dalam mata wang asing
-         Kehilangan keuntungan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat tindakan yang tidak jujur oleh kakitangan dan kerosakan yang perlu dibayar kerana kecuaian professional
-         Bahagian pelaburan bagi sijil takaful atau polisi insurans yang berkaitan perlaburan


3.   Pelan insurans berkaitan pelaburan, seperti pelaburan-pelaburan lain, terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan. Harga seunit dana pelaburan (yang diuruskan syarikat pelaburan ) berkait rapat dengan nilai keseluruhan pelan, yang berubah-ubah mengikut pergerakan harga unit. Anda mungkin mendapat keuntungan apabila menjual unit-unit anda, anda juga berkemungkinan mengalami kerugian daripada penjualan itu, kadangkala dengan jumlah yang lebih sedikit daripada yang anda laburkan. Rekod prestasi dana pelaburan yang lepas boleh dijadikan panduan untuk prestasi akan datang. (Simpanan tidak dijamin).