Loading...
Custom Slideshows.

Rabu, 7 Mei 2014

PENCAPAIAN KAMI DI ETIQA TAKAFUL 2013



KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) menerima anugerah bagi kategori Pengendali Takaful Terbaik dalam majlis Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2013 yang berlangsung di Shangri-La Hotel di sini baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Ahmad Rizlan Azman berkata, Anugerah IFN merupakan satu penghormatan dalam industri kewangan Islam dan amat berprestij serta diiktiraf oleh pasaran modal Islam dunia.
“Anugerah ini adalah hasil daripada kerja keras dan dedikasi dari semua pihak untuk syarikat sepanjang 2013 di mana pelbagai kejayaan telah dikecapi.
“Janji jenama Etiqa iaitu menginsankan Insurans dan Takaful memainkan peranan penting dalam kejayaan kami memenangi anugerah ini. Kami sentiasa berusaha sedaya upaya bagi menterjemahkan janji jenama kami kepada kakitangan Etiqa dan menyediakan satu pengalaman yang positif kepada setiap pelanggan kami serta memenuhi kehendak mereka berkenaan dengan produk yang telah kami sediakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. .
Anugerah berprestij itu di sampaikan oleh Andrew Morgan, Pengarah Urusan dan penerbit Red Money Group kepada Ahmad Rizlan.
Setiap tahun IFN akan mengadakan undian untuk syarikat-syarikat yang paling komprehensif dalam industri.
Syarikat-syarikat dalam bidang kewangan Islam, pelabur, institusi bukan perbankan dan agensi kerajaan di serata dunia dijemput untuk mengundi dan menilai.
Ahmad Rizlan dalam pada itu memaklumkan Etiqa Takaful akan memperkenalkan produk pelaburan takaful pada tahun 2014.
“Kami melihatnya sebagai produk yang berpotensi membuka peluang untuk mencapai segmen mewah serta menarik minat dalam pasaran di Malaysia,” katanya. – mynewshub.my



KUALA LUMPUR – Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) memenangi Anugerah Syarikat Takaful Terbaik Asia Tenggara pada majlis “7th Annual Alpha Southeast Asia Best Deals and Solutions Award 2013″ baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful, Ahmad Rizlan Azman berkata, kemenangan diperoleh syarikat itu merupakan satu permulaan yang baik buat Etiqa Takaful pada tahun ini.
“Ia bukan sahaja pengiktirafkan ke atas usaha keras Etiqa Takaful tetapi juga merupakan satu suntikan motivasi untuk terus mahu.
“Kami sangat bangga dapat menerima anugerah ini buat kali pertamanya kerana ia adalah satu lagi bukti kejayaan syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Anugerah “7th Annual Alpha Southeast Asia Best Deals and Solutions Award 2013″ yang berlangsung di ibu negara mengiktiraf pelaburan korporat terbaik dan paling inovatif dalam penyelesaian perbankan perdagangan di rantau ini.
Rizlan seterusnya berkata, kemenangan itu dicapai melalui dedikasi semua warga kerja Etiqa Takaful dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. – mynewshub.my

Tiada ulasan: