Loading...
Custom Slideshows.

Sabtu, 19 Mei 2012

PEMAHAMAN TAKAFUL

Apa yang perlu diberi perhatian adalah  TAKAFUL BUKANLAH SATU INSTRUMEN PELABURAN SEMATA-MATA!!. Jadi janganlah fikirkan untung apabila membuat simpanan/sumbangan dengan takaful.Niatnya adalah untuk melindungi jika terjadi sesuatu yang diluar jangkaan. Ringkasnya, kalau tak terjadi sebarang musibah, ada sejumlah simpanan yang akan dikembalikan. Jikalau berlaku musibah, keilatan atau kematian,maka ia akan menjadi suatu yang amat berguna.

PENTING KE??! Ya! Ia amat penting dan wajib ada bagi setiap orang, bagi orang Islam, ia bukan sahaja sekadar perlindungan, tetapi dengan akad Tabaru' , InsyaAllah,kita akan diberi ganjaran oleh Allah, Wallahualam...

Kemudiannya,, janganlah bersikap sambil lewa bila nak jadi peserta Takaful, ikutlah kemampuan kita, bak kata pepatah, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Segelintir agen nak  dapatkan komisen tinggi, dan kalau boleh nak client carum sebanyak mungkin, komisen banyak,, Tapi, lepas 3 bulan, lapsed,,,,,habis...hangus,,hancur,,,rugi.... Ikut kemampuan je, Kalau dalam takaful, asasnya mestilah dalam lingkungan RM70 sebulan, Kalau ditambah manfaat tambahan  dan medical card, mungkin dalam RM110 - RM150 sebulan, cukuplah. Ingat!! Menjadi Peserta Takaful, bukan melabur dalam takaful. Takaful adalah satu produk kewangan untuk melindungi, bukan produk pelaburan untuk mengaut keuntungan.

Medical Card, adakah ia perlu??! Tentulah ia banyak membantu, tapi ia adalah satu pelan kewangan yang cukup hebat, sebab, berapa banyak pun yang kita sumbang untuk medical card, ianya TIADA PULANGAN. Tetapi, kita harus ingat, hospital dan manusia adalah satu hubungan yang cukup akrab dan kita seharusnya memilih untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik untuk diri kita. Untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik, kita kena bayar. Sebagai contoh, kalau dengan Medical Card, kita bayar bil yang bernilai RM10,000, dengan sumbangan RM50 sebulan. Cukup hebat kerana, walaupun kita baru membayar perkhidmatannya selama 3 bulan @ RM50 x 3 = RM150. HEBAT KAN???
Untuk penerangan lanjut dan sebarang kemusykilan anda, jangan tunggu lagi, hubungi/sms Ayu 017-3005049 atau emel ke firayu1983@gmail.com / batrisyia_ayuni@yahoo.com. Insyaalah saya akan cuba memberi perkhidmatan rundingan yang terbaik untuk pelan kewangan takaful anda... :D.

Tiada ulasan: