Loading...
Custom Slideshows.

Sabtu, 25 Februari 2017

STAND ALONE MEDIC CARD VS TAKAFUL SAVING PLAN






STAND ALONE Medical card jenis ni selalunya harga yang ditawarkan adalah MURAH. Ianya adalah medical card semata-mata di dalam satu polisi dan tiada manfaat lain yang boleh dimasukkan.

Etiqa Takaful Plan + Ultra Medic Rider kebiasaannya dijadikan sebagai rider/ manfaat ke dalam polisi utama. Polisi utama ini selalunya ialah pelan simpanan. Jadi anda boleh beli polisi biasa dan attached sekali medical card ke dalam polisi tersebut.
​Anda boleh pilih sama ada anda nak atau tak nak medical card ini. Ikut keperluan anda.
 
PERBEZAAN
Dari segi benefit atau manfaat utama medical card itu sendiri tidak banyak perbezaannya. Gunanya ialah untuk kemasukkan ke wad. Untuk menanggung kos-kos hospital dan lain2. Medical card Stand Alone ini, anda cuma beli medical card semata-mata. Harganya adalah tepat. Sebagai contoh, harga yang anda perlu bayar ialah RM1,871 setahun. Jadi anda akan bayar ikut jumlah itu lah.
​Takaful Saving Plan + Medic Card pula akan jadi round figure. Tiada lebihan contoh macam RM1 tu. @ RM1,870. Ini disebabkan sistem quotation yang agen buat. Agen boleh jadikan ianya round figure. Sebahagian wang anda ini akan masuk ke portion saving atau pelaburan.
 
APA KELEBIHANNYA?

Medical card stand alone : MURAH

​​Etiqa Takaful Plan + Ultra Medic Rider : Polisi ada nilai tunai / simpanan, manfaat tambahan  seperti pampasan  khairat kematian, kemalangan, sakit kritikal, elaun hospital dan sebagainya.
 
APA KEKURANGANNYA?

Medical Card Stand Alone:

​1. Tiada nilai tunai. Dalam bahasa senang difahami, anda dikira untung kalau anda pernah claim. At least, anda dapat merasa apa yang anda dah bayar selama ini. Tapi, kalau tak pernah claim sehinggalah tamat polisi, duit yang anda bayar selama ini akan burn macam tu sahaja.
​2. Bayaran perlu dibuat tepat pada masa. Tak boleh lewat! Kalau lewat polisi anda akan lapsed atau LUPUT. Bila lapsed anda tiada perlindungan lagi. Anda nak masuk wad medic card tak boleh pakai dah.
Selalunya agen akan minta bayar secara tahunan. Kalau bulanan, perlu bayar secara auto-debit (tolak gaji).
3. Tiada manfaat tambahan lain boleh di sertakan.​

Etiqa Takaful + Ultra Medic Rider :

1. Bayaran bulanan sedikit mahal sebab ada nilai tunai / simpanan, manfaat tambahan  seperti pampasan  khairat kematian, kemalangan, sakit kritikal, elaun hospital dan sebagainya. Juga sedikit caj perkhidmatan.

Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.

Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.
Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?
Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had setahun adalah RM100,000.
Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.
Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia?
Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan.
Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun!
Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan had tahunan RM 1 juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.
KENAPA NILAI TUNAI PENTING?

​​Bantu anda bayar.
​Medical plan ni bukan untuk bayar setahun dua. Medical card ni nak kena bayar sampai tua.. sampai umur 70 tahun, 80 tahun atau berapa sahaja tempoh yang anda pilih. Kalau nak kena bayar secara TEPAT sampai tua, agak-agak anda komitmen anda kuat tak? Tambah-tambah lagi bila dah tua dan sakit pulak tu, medical card stand alone anda tetap nak kena bayar. 

Macam mana kalau bila dah tak kerja lagi?
​Kalau medical card berserta simpanan, anda boleh manage polisi anda. Katakanlah sekarang umur anda 30 tahun. Anda ambil polisi Takaful yang ada medical card sekali. Anda nak guna sampai umur 70 tahun. Dari umur 30 tahun sampai 70 tahun, lama tu.. Selalunya anda akan bersara pada umur 55 tahun atau 60 tahun. Dah bersara, nak bayar pakai apa? Kalau backup income banyak takpelah. Tapi, kalau takde? Nilai tunai ni lah boleh tolong anda bayar. Polisi akan tetap inforce atau hidup selagi ada nilai tunai di dalamnya. TAPI pastikan ianya mencukupi. Anda tak perlu risau kalau terlewat buat bayaran. Kalau anda terlewat sampai dua bulan, tiga bulan pun polisi masih inforce. Dengan syarat, nilai tunainya mencukupi!
Anda sebagai client, anda boleh pilih nak polisi yang macam mana. Nak yang murah atau nak yang ada banyak kelebihan? Walau apapun ianya terserah pada anda kerana semua pelan polisi takaful adalah baik samaada dengan atau tanpa medical card ataupun hanya medic card sahaja. Yang tidak baiknya adalah sekiranya anda tidak memiliki mana-mana polisi takaful pun. Pepatah ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan, siapkan perahu sebelum bah..

-Wallahualam-